Utusan Borneo (Sabah)

Timbalan Menteri MITI ke Singapura bagi lawatan kerja tiga hari

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Ong Kian Ming mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Singapura mulai semalam untuk mengukuhka­n hubungan perdaganga­n dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Ong dijadual mengadakan perbincang­an dengan Menteri Perdaganga­n dan Industri Singapura, Chan Chun Sing dan Menteri Negara Kanan, Chee Hong Tat untuk bertukar pandangan mengenai keadaan ekonomi global serta peluang perniagaan semasa, menurut kenyataan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) semalam.

Menurut MITI, Ong juga akan menyertai forum Meja Bulat Asia dalam Ekonomi Dunia yang akan berlangsun­g di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Malaysiame­nerimapela­buran langsung asing (FDI) dari Singapurab­erjumlahRM­120.89 bilion atau 19.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n FDI sehingga suku ketiga 2018, menjadikan Singapura sebagai sumber FDI terbesar negara, yang menumpukan sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Pada masa yang sama, Malaysia melabur RM95.20 bilion di Singapura atau 19.7 peratus daripada jumlah pelaburan langsung luar negara (DIA) Malaysia, khususnya dalam sektor perkhidmat­an.

Singapura, yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam ASEAN, juga adalah destinasi eksport terbesar Malaysia dengan AS$31.6 bilion atau 14.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport Malaysia pada 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia