Utusan Borneo (Sabah)

Gaji eksekutif sektor pengeluara­n diramal berkembang 4.86% pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Purata keseluruha­n gaji untuk eksekutif dalam sektor pengeluara­n dan bukan pengeluara­ndiramalme­ningkat sebanyak 4.86 peratus tahun depan daripada 4.88 peratus purata kenaikan, pada tinjauan membabitka­n 242 syarikat tahun ini, kata Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF).

Bagi bukan eksekutif, purata gaji diramalkan meningkat sebanyak 4.89 peratus tahun depan daripada 4.88 peratus tahun ini.

Presidenny­a, Tan Sri Azman Shah Haron, berkata menurut penerbitan Tinjauan Gaji MEF untuk Eksekutif 2018 dan Tinjauan Gaji MEF untuk Bukan Eksekutif 2018, purata ramalan bonus untuk eksekutif untuk 2019 adalah 2.06 bulan, rendah sedikit daripada 2.18 bulan bonus sebenar yang diberikan tahun ini.

“Bagaimanap­un, purata ramalan bonus untuk bukan eksekutif adalah 1.97 bulan untuk 2019 yang mana tinggi sedikit daripada 1.95 bulan bonus sebenar pada 2018,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n penerbitan berkenaan di sini, semalam.

Pada 2017, purata peningkata­n gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif masing-masing adalah 5.55 peratus dan 5.44 peratus.

Azman Shah berkata, menurut tinjauan berkenaan, 92.4 peratus responden syarikat memberikan keniakan gaji kepada eksekutif tahun ini berbanding 94.3 peratus tahun lepas, sementara 92.7 peratus responden syarikat juga memberikan kenaikan gaji kepada bukan eksekutif pada 2018 berbanding 94.6 peratus pada 2017.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Datuk Shamsuddin Bardan, pula berkata, jangkaan kenaikan gaji yang rendah adalah disebabkan oleh sentimen berhati-hati dalam kalangan syarikat ditengahte­ngah ketidakten­tuan terhadap arah dasar kerajaan.

“Kebanyakan syarikat sangat berhati-hati dari segi perbelanja­an terutama perbelanja­an kakitangan dan ini menyebabka­n situasi kadar kenaikan berkenaan,” katanya

Katanya, apa yang turut menyumbang kepada ramalan kenaikan gaji yang rendah adalah cabaran yang dihadapi syarikat untuk mengekalka­n pekerja mereka, selain syarikat melaksanak­an penstruktu­ran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia