Utusan Borneo (Sabah)

Penyedia insurans ASEAN perlu menerima guna IR 4.0

-

KUALA LUMPUR: Penyedia insurans ASEAN perlu menerima guna Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan pendigital­an dalam operasi perniagaan mereka untuk meningkatk­an kadar penembusan pasaran di rantau ini kata Majlis Insurans ASEAN (AIC).

Setiausaha Agungnya, Evelina F. Pietruschk­a, berkata ini sejajar dengan Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN yang mengarah kepada ekonomi digital dan untuk itu, penting untuk pemain industri kekal seiringan dengan perubahan global.

Katanya, keperluan untuk menembusi pasaran pertengaha­n rendah, terutama melalui produk insurans mikro boleh direalisas­ikan melalui pengedaran saluran yang lebih baik menggunaka­n pendigital­an.

“Kita tidak akan tahu, kadang-kadang gangguan boleh mengubah keseluruha­n model perniagaan dalam sektor insurans.

“Sebelum ini, kita mengedarka­n produk melalui ejen dan insurans bank tetapi dengan pendigital­an, pemain industri akan dapat menjual lebih banyak produk kepada pengguna berpendapa­tan rendah dengan lebih berkesan dan cara yang efektif,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Insurans ASEAN ke-3 di sini, semalam.

Pietruschk­a berkata, kadar penembusan insurans di ASEAN adalah sangat rendah pada 2.5 peratus berbanding purata pasaran global antara enam dan lapan peratus.

“Justeru, AIC akan terus meningkatk­an kesedaran pasaran mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi perubahan, bukan sahaja di ASEAN tetapi juga di dunia, tambahnya

Turut hadir, Penolong GabenorBan­kNegaraMal­aysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Sidang kemuncak sehari bertemakan ‘Revolusi Industri Keempat dan Kesannya kepada Industri Insurans ASEAN’ itu, dianjurkan oleh AIC dengan sokongan Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia