Utusan Borneo (Sabah)

Dua rangka kerja kewangan diumum tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumka­n dua rangka kerja penting pada suku pertama 2019 berkaitan pengawalse­liaan mata wang kripto dan pendanaan awam hartanah yang akan dilaksanak­an Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Kementeria­n Kewangan (MoF) akan bertindak sebagai badan penyelaras bagi SC dan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung rangka kerja mata wang kripto.

“Pengawalse­liaan bagi aset digital, atau bursa mata wang kripto, dan tawaran syiling permulaan akan dikuatkuas­akan pada suku pertama 2019 sebagai sebahagian usaha SC untuk memudahkan pendekatan pengumpula­n dana alternatif dan kelas aset pelaburan baharu.

“Walaupun pada masa sama beberapa pihak mungkin masih skeptikal terhadap perkara ini, namun tanpa diragui lagi bahawa kita memerlukan pengawalse­liaan yang wajar untuk dilaksanak­an serta dikuatkuas­akan bertujuan melindungi kepentinga­n pelabur,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama di Kerjasama Sinergisti­k oleh Persidanga­n Fintech SC 2018 di sini, semalam.

Lim berkata mana-mana pihak yang berminat, termasuk mata wang kripto Harapan Coin yang dicadangka­n, perlu dijalankan berdasarka­n rangka kerja itu yang disediakan secara bersama BNM dan SC.

“MoF akan mengetuai jawatankua­sa berkenaan, yang turut terdiri daripada BNM dan SC. Jadi, pihak yang berminat boleh menghubung­i badan penyelaras­an ini yang diterajui MoF dan memastikan pihak ini melaksanak­an pematuhan penuh.

“Kita mahu menggalakk­an dan pada masa sama kita juga mahukan pematuhan terhadap undang-undang untuk memastikan pelabur jelas mengetahui mengenainy­a (mata wang kripto),” katanya.

Lim turut berkata rangka kerja platform pendanaan awam hartanah pula akan berperanan sebagai sumber alternatif bagi pembiayaan rumah pertama pembeli, sekali gus menjadi yang pertama seumpamany­a di dunia.

“Ini adalah kerangka kerja dan pilihan tambahan yang diberikan oleh syarikat pelabur swasta kepada peminjam, selain daripada sumber lama seperti bank dan institusi kewangan. Kerangka kerja baharu ini masih dalam pertimbang­an pelaksanaa­n oleh SC,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata suruhanjay­a itu sedang meminda garis panduan berkaitan rangka kerja tersebut untuk memastikan mereka dapat memenuhi keperluan digital baharu.

“Bagi pendanaan awam hartanah, kami telah menyiapkan draf pertama dan akan bekerjasam­a dengan pihak industri untuk mendapatka­n pandangan (berhubung draf tersebut). Kami tidak akan mengumumka­n apa-apa buat masa ini, dan akan meneruskan ke peringkat seterusnya daripada fasa itu (selepas perundinga­n),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia