Utusan Borneo (Sabah)

Mayat nelayan hilang di perairan Pulau Besar ditemui

-

MELAKA: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Besar di sini dua hari lepas, ditemui tengah malam Khamis di perairan di antara Pulau Besar dan Pulau Dodol di sini.

Dalam satu kenyataan di sini, Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/ Negeri Sembilan Kapten Maritim Amran Daud berkata mayat Md Rashid Jizan, 52 ditemui oleh sekumpulan nelayanyan­gmenyertai­operasi mencari dan menyelamat kirakira 12.40 tengah malam.

“Mangsa ditemui lebih kurang 1.4 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan jatuh dua hari lepas sebelum dibawa ke Jeti Pantai Siring untuk pengecaman oleh anak mangsa.

“Mayat mangsa disahkan berdasarka­n pakaian terakhir yang dipakainya sebelum dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Dua hari lepas, Bernama melaporkan Md Rashid keluar memancing bersama lima rakan dengan menaiki perahu secara berasingan sebelum disyaki terjatuh ke dalam laut.

APMM menerima aduan daripadase­orangrakan­mangsa tentang kehilangan­nya pada 10.45 pagi Rabu sebelum pihak berkuasa melancarka­n operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, Amran menasihati orang ramai terutamany­a komuniti maritim agar menggunaka­n alat bantuan kecemasan persendiri­an (PLB) yang berfungsi memberi isyarat kecemasan yang tepat bagi tujuan menyelamat sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Beliau berkata PLB akan menyampaik­an isyarat kecemasan kepada sistem Corpas Sarsat iaitu sistem satelit yang digunakan pada masa kini bagi kegunaan operasi pencarian di laut sekali gus memudahkan pasukan penyelamat mengesan lokasi sebenar kejadian. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia