Utusan Borneo (Sabah)

Mendidik anak kian mencabar

‘Jangan segan’ didik anak jenayah siber

-

KUANTAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh hari ini menasihatk­an ibu bapa supaya ‘jangan segan’ dalam memberi pendidikan berkaitan jenayah siber kepada anak masing-masing.

Beliau berkata cabaran mendidik anak semakin mencabar dengan perkembang­an teknologi, yang turut membawa masuk anasir negatif seperti pornografi.

“Pornografi antara cabaran besar dihadapi masa kini. Ibu bapa tidak boleh lari atau bersikap seperti dahulu yang tidak mahu atau segan untuk mendidik anak dalam isu ini.

“Mereka perlu diberitahu perbuatan berkaitan pornografi adalah salah dan boleh membawa kesan lebih buruk,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 Peringkat Pahang di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pahang di sini.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) itu turut dihadiri anggota lembaga pengarahny­a Normah Mohd Dali dan Pengarah LPPKN Pahang Nor Hafizah Md Nor.

Fuziah seterusnya merujuk kepada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 tahun 2014 yang mendapati 35.3 peratus remaja berusia antara 13 dan 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan 60.8 peratus memperoleh­nya daripada internet.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan seterusnya menasihatk­an wanita untuk tidak melupakan ‘temu janji’ menjalani mamogram dan saringan papsmear kerana pemeriksaa­n awal membolehka­n rawatan dilakukan segera.

Mengambil contoh dirinya, Fuziah mengakui pernah terlupa menjalani mamogram akibat terlalu sibuk bekerja sehingga ditegur oleh seorang adiknya yang juga seorang doktor sakit puan.

“Adik menyuruh saya melakukan mamogram pada hari itu juga...dan tak sangka ujian pada hari itu menemui ketulan sebesar kacang hijau pada diri saya. Tanpa berlengah, saya terus menjalani pemeriksaa­n lanjut dan rawatan.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa orang dalam tempoh itu, namun kebetulan ia berlaku semasa Kuantan dilanda banjir besar. Saya kuatkan diri melakukan tugas saya dan hanya berdoa supaya diberikan kesihatan yang baik.

“Alhamdulil­lah, itu kisah lima tahun lalu. Pemeriksaa­n itu yang membantu saya dan sejak itu, saya tahu jangan sesekali terlupa temu janji. Golongan suami juga perlu membantu mengingatk­an, dan bawa isteri menjalani pemeriksaa­n,” katanya. - Bernama

“Pornografi antara cabaran besar dihadapi masa kini. Ibu bapa tidak boleh lari atau bersikap seperti dahulu yang tidak mahu atau segan untuk mendidik anak dalam isu ini. Mereka perlu diberitahu perbuatan berkaitan pornografi adalah salah dan boleh membawa kesan lebih buruk, ” FUZIAH SALLEH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia