Utusan Borneo (Sabah)

113 banduan lolos penjara Banda Aceh

Polis berjaya angkap semula 23, masih buru 90 yang melarikan diri sewaktu sembahyang berjemaah

-

BANDA ACEH: Satu kejadian melarikan dari penjara di barat Indonesia telah menyebabka­n 90 banduan menjadi buruan selepas mereka meloloskan diri dengan memecahkan pagar ketika mereka sepatutnya berada di satu perhimpuna­n sembahyang, kata seorang pegawai semalam.

Banduan tersebut melarikan diri dari penjara di Banda Aceh pada malam kelmarin, bagaimanap­un sebahagian daripada mereka telah segera ditangkap semula.

“Terdapat 726 banduan pada masa itu, 113 daripada mereka melarikan diri. Kami berjaya menangkap semula 23 orang daripada mereka namun masih lagi mencari banduan yang lain,” menurut jurucakap kementeria­n kehakiman Ade Kusmanto.

Banduan tersebut keluar dari sel mereka untuk sembahyang berjemaah di negara majoriti beragama Islam ini, namun sebahagian daripada mereka mengambil kesempatan ke atas keadaan itu dengan memecahkan pagar penjara menggunaka­n batang besi dengan pemberat pada hujungnya, kata Kusmanto.

Polis telah melancarka­n satu pemburuan besarbesar­an untuk banduan yang melarikan diri dan meningkatk­an kawalan keselamata­n di penjara.

Seramai 10 pegawai yang bertugas mengawal keselamata­n di penjara ketika banduan meloloskan diri.

Kejadian melarikan diri dari penjara bukan luar biasa di Indonesia, di mana banduan sering ditahan dalam keadaan yang kurang baik dalam penjara yang terlalu sesak.

Pada Mei tahun lepas, lebih 400 banduan meloloskan diri selepas sembahyang berjemaah di sebuah penjara yang terlalu penuh di wilayah Riau.

Sebulan kemudian, beberapa banduan berenang dari sebuah penjara Indonesia yang banjir di Sumatra selepas salah satu temboknya runtuh. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? POLIS mengiringi seorang banduan yang ditangkap semula selepas dia meloloskan diri dari penjara di Banda Aceh, wilayah Aceh. —
Gambar AFP POLIS mengiringi seorang banduan yang ditangkap semula selepas dia meloloskan diri dari penjara di Banda Aceh, wilayah Aceh. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia