Utusan Borneo (Sabah)

Hari Pelanggan KTS Foodland tawar produk dengan harga menarik

-

SIBU: KTS Foodland telah mengadakan Hari Pelanggan KTS Foodland selama tiga hari bermula 30 November (semalam) hingga 2 Disember, di ibu pejabatnya di Jalan Market, di sini.

Hari Pelanggan KTS Foodland akan berlangsun­g dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Program tahunan itu disertai oleh tiga syarikat pengeluar makanan terkemuka di bawah Kumpulan KTS iaitu Summer Pacific Sdn Bhd, Kinetic Food Processing dan SBFM Industries Sdn Bhd.

Harga menarik ditawarkan untuk semua produk yang dijual sepanjang tiga hari ini.

Hari Pelanggan KTS Foodland adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada semua pelanggan yang telah banyak menyokong dan memberi kepercayaa­n selama ini yang kekal setia membeli pelbagai produk makanan keluaran syarikat KTS.

Di samping itu, penganjura­n hari pelanggan ini juga sebagai satu cara untuk mendekati pelanggan dan beramah mesra dengan mereka.

Antara produk makanan yang dijual sepanjang tiga hari promosi sempenan hari pelanggan berkenaan ialah Royal B A.Mangium Honey, mi segera jenama Mee Daddy dan Mi Rakyat, pelbagai jenis biskut, keropok, maruku, snek ikan jenama Wanfa, barangan basah seperti bebola ikan, kek ikan dan sebagainya.

Turut dipamerkan ialah pelbagai jenis jentera ringan STIHL dan pendingin hawa jenama Gree. KUALA LUMPUR: Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) sedia jaminan lima tahun bagi Program Sukuk Ijarah RM130 juta yang diterbitka­n oleh Malaysia Steel Works (KL) Bhd (Masteel).

Sukuk itu diberi penarafan AAAIS oleh Malaysian Rating Corporatio­n Bhd selepas mendapat sokongan tidak boleh ditarik balik dan tanpa syarat oleh Jaminan Kafalah yang disediakan oleh Danajamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Mohamed Nazri Omar berkata jaminan itu merupakan satu lagi langkah penting Danajamin dalam membantu sebuah lagi syarikat berdaya maju untuk meningkatk­an kemampuan kewanganny­a seperti disyaratka­n.

“Masteel mempunyai rekod perkhidmat­an hampir 50 tahun. Mereka telah berjaya mengharung­i beberapa krisis sepanjang beroperasi dan sejak itu telah terus berkembang kukuh sebagai satu daripada peneraju utama dalam industri ini.

“Menerusi jaminan kami, kami berharap untuk meningkatk­an keyakinan pelabur dan membantu Masteel mencapai objektif perniagaan mereka dan terus menyumbang dengan penuh bermakna kepada ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan semalam. — Bernama

 ??  ?? PENYELIA Kanan Everrise Batu 4 Mohd Asrul, wakil jualan KV Distributo­rs Sdn Cindy Yong, Penyelia Kanan Everrise Batu 4 Chong Choon Hua dan Penyelia Jualan KV Distributo­rs Sdn Yung Chin Wei, memperkena­lkan produk mereka.
PENYELIA Kanan Everrise Batu 4 Mohd Asrul, wakil jualan KV Distributo­rs Sdn Cindy Yong, Penyelia Kanan Everrise Batu 4 Chong Choon Hua dan Penyelia Jualan KV Distributo­rs Sdn Yung Chin Wei, memperkena­lkan produk mereka.
 ??  ?? SEORANG jurujual bersama air madu Royal B yang pasti asli rasanya.
SEORANG jurujual bersama air madu Royal B yang pasti asli rasanya.
 ??  ?? ANTARA jentera ringan jenama STIHL yang turut dipamerkan pada Hari Pelanggan KTS Foodland.
ANTARA jentera ringan jenama STIHL yang turut dipamerkan pada Hari Pelanggan KTS Foodland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia