Utusan Borneo (Sabah)

16 komoditi pertanian rekodkan kadar sara diri lebih 100 peratus

-

KUALA LUMPUR: Kajian Jabatan Perangkaan menunjukka­n 16 daripada 33 komoditi pertanian terpilih merekodkan kadar sara diri (SSR) melebihi 100 peratus pada 2017.

Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata komoditi pertanian terbahagi kepada tiga kategori iaitu tanaman (buah-buahan), ternakan dan perikanan.

Bagi kategori buah-buahan, Mohd Uzir berkata tujuh daripada 13 buah-buahan mencatatka­n kadar SSR melebihi 100 peratus dengan tembikai merekodkan SSR tertinggi iaitu 151.1 peratus, diikuti betik (143.6 peratus) dan belimbing (136.6 peratus).

Penggunaan per kapita (PCC) bagi kelapa adalah tertinggi iaitu pada kadar (19.4 kg/tahun) diikuti pisang (10.0 kg/setahun), nanas (7.6 kg/tahun) dan durian (6.4 kg/tahun), katanya dalam kenyataan semalam.

Uzir berkata bagi sayursayur­an, enam daripadany­a merekodkan SSR melebihi 100 peratus iaitu bayam, bendi, kacang panjang, terung, timun dan tomato.

“PCC bagi kobis bulat adalah tertinggi (5.4 kg/tahun) diikuti sawi (4.4 kg/tahun), tomato (3.9 kg/tahun) dan timun (2.3 kg/tahun),” katanya.

SSR bagi ternakan pula adalah 113.7 peratus bagi telur ayam/itik sebagai yang tertinggi, diikuti daging ayam/itik (98.2 peratus) dan daging babi (92.1 peratus) manakala daging kambing/ bebiri merekodkan SSR terendah iaitu 10.7 peratus.

“Daging ayam/itik merekodkan PCC tertinggi iaitu 52.0 kilogram setahun diikuti telur ayam/itik (22.2 kg/tahun) dan daging babi (16.3 kg/tahun),” katanya.

Bagi segmen perikanan, Uzir berkata sotong merekodkan SSR tertinggi iaitu 104.8 peratus manakala mackerel adalah terendah (82.9 peratus).

Bagaimanap­un, PCC bagi mackerel (5.2 kg/tahun) adalah tertinggi antara perikanan lain diikuti udang (3.9 kg/tahun) dan tuna (2.5 kg/tahun) manakala ketam merekodkan PCC terendah iaitu 0.4 kilogram setahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia