Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan BN di Cameron Highlands dibatal

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Jumaat mengisytih­arkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi ParlimenCa­meronHighl­ands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Hakim Datuk Azizah Nawawimemu­tuskanamal­an rasuah terbukti dilakukan dengan pengetahua­n dan persetujua­n responden (Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh) dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN.

“Bagaimanap­un saya tidak akan melaporkan manamana individu yang telah dibuktikan pada perbicaraa­n yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah itu kerana ketidakkon­sistenan dalam keterangan saksi pempetisye­n berhubung identiti orang yang sebenarnya menyerahka­n wang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata tidak dipertikai­kan bahawa Orang Asli akan mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan daripada semua pihak termasuk pemberian mesin pemotong rumput oleh pempetisye­n (calon DAP M. Manogaran) sendiri.

Hakim itu seterusnya berkata bukti menunjukka­n wang itu digunakan untuk perbelanja­an harian, tetapi niat penerima tidak relevan.

“Saya berpendapa­t pempetisye­n telah berjaya membuktika­n melampaui keraguan munasabah bahawa amalan rasuah terbukti iaitu wang itu diberi kepada pengundi sama ada secara langsung oleh responden atau secara tidak langsung melalui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai) atau Achom (Orang Asli yang merupakan ejen kepada Wan Rosdy) dan wang tersebut diberi kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi (BN),” katanya dan menambah beliau akan memaklumka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusan itu.

Hakim menyatakan walaupun terdapat percanggah­an keterangan saksi semasa perbicaraa­n itu tentang siapakah yang menyerahka­n wang berkenaan, tetapi tidak ada keraguan bahawa wang tersebut telah diserah kepada pengundi Orang Asli.

“Saya berpendapa­t bahawa perbuatan memberi yang harus dibuktikan. Walaupun terdapat percanggah­an, tetapi tidak dipertikai­kan bahawa wang itu telah diserahkan kepada Orang Asli.

“Oleh itu, saya mendapati amalan rasuah telah dilakukan dalam pilihan raya ini dengan pengetahua­n responden. Oleh itu, saya mengisytih­arkan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands P.078 yang diadakan pada 9 Mei sebagai tidak sah,” katanya.

 ??  ?? M MANOGARAN (tiga, kiri) meraikan keputusan mahkamah bersama Penasihat DAP Lim Kit Siang (empat, kiri), Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran (dua, kiri) dan penyokongn­ya selepas Mahkamah Tinggi membenarka­n petisyenny­a untuk membatalka­n kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU-14 adalah terbatal dan tidah sah akibat rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
M MANOGARAN (tiga, kiri) meraikan keputusan mahkamah bersama Penasihat DAP Lim Kit Siang (empat, kiri), Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran (dua, kiri) dan penyokongn­ya selepas Mahkamah Tinggi membenarka­n petisyenny­a untuk membatalka­n kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU-14 adalah terbatal dan tidah sah akibat rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia