Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan KDM Lahad Datu 1-2 Disember

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan KDM Lahad Datu akan meneruskan pemilihan pemain di Lahad Datu hari ini dan esok (1-2 Disember).

Jurulatih, Faisal Yee bagaimanap­un menegaskan bahawa pemilihan itu hanya untuk pemain yang telah menyertai pemilihan terbuka pada 12-14 November lalu.

“Pemain yang baru mahu hadir pada Sabtu dan Ahad ini (1 dan 2 Disember) tidak akan diterima kerana kami sudah diproses akhir pemilihan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sambil itu, Faisal yang juga bekas jurulatih skuad Piala Presiden Sabah mengalualu­kan penubuhan pasukan Pencari Bakat (Scouting Team) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang diketuai bekas pemain Sabah, Andrew Laban.

Faisalyang­jugasalahs­eorang anggota pasukan itu berkata, pasukan itu bermanfaat terutama memudahkan pencarian pemain berbakat dari seleuruh negeri ini.

“Dengan adanya pasukan ini, sekurang-kurangnya kami boleh berbincang apabila ada mesyuarat untuk bertukar-tukar pendapat demi kemajuan bola sepak negeri ini,” katanya.

Katanya, mesyuarat pertama pasukan itu 24 November lalu, beliau telah mencadang agar kejohanan bawah 18, bawah 21 dan terbuka diadakan sebagai medan bagi anggota pasukan itu memilih pemain dengan lebih teratur untuk skuad Piala Belia (bawah 19 tahun), Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan skuad senior.

Beliau juga mencadangk­an agar pemain Piala Presiden dan Piala Belia tidak perlu menyertai mana-mana pasukan dalam kejohanan itu bagi memberi lebih peluang kepada pemain baru.

 ??  ?? ANGGOTA SAFA Scouting Team yang diketuai Andrew Laban (duduk empat dari kiri).
ANGGOTA SAFA Scouting Team yang diketuai Andrew Laban (duduk empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia