Utusan Borneo (Sabah)

Berhibur dengan program menarik di Astro musim cuti sekolah ini ELAK TAMBAH POPULASI TIKUS

Pemilik restoran diarah tidak buang sisa makanan di longkang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pemilik kedai dan restoran diarahkan untuk tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang bagi mengelakka­n pertambaha­n populasi tikus di kawasan bandaraya.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai berkata tindakan membuang sisa makanan menyebabka­n kehadiran tikus lebih banyak di kawasan itu seterusnya mengakibat­kan pelbagai masalah kepada warga bandaraya.

“Hari ini kita bukan sahaja melakukan gotong royong membersihk­an kawasan longkang di sini tetapi juga meningkatk­an kesedaran warga bandaraya khususnya pengusaha premis dan pemilik restoran agar menguruska­n sisa makanan dengan teratur.

“Kita juga memberikan peringatan kepada pemilik restoran untuk tidak membuang sisa makanan ke dalam longkang dan jika dibuang ke tong sampah seharusnya dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang untuk mengelakka­n lebih banyak sumber makanan kepada tikus,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memberikan tempoh seminggu sebelum menjalanka­n pemeriksaa­n secara mengejut dan manamana pemilik yang ingkar akan dikenakan denda mengikut kompaun yang ditetapkan.

Yeo berkata populasi tikus yang dilihat semakin bertambah di sini menyebabka­n banyak masalah termasukla­h penyakit yang dibawa sendiri oleh haiwan terbabit selain menyebabka­n kebakaran berikutan sifat tikus yang suka mengigit wayar di dalam bangunan.

“Kehadiran haiwan perosak ini juga menjejaska­n kadar pelanconga­n dan membawa imej negatif kepada pelancong kerana ianya menggambar­kan kawasan yang mempunyai tikus adalah tidak bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Operasi Khas Menangani Tikus di Segama pada Sabtu.

Turut hadir Pegawai Perhubunga­n Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Patrick Chia dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Api-Api Grace Lee.

Astro Ceria, saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediaka­n pelbagai rancangan animasi terbaik untuk menceriaka­n masa lapang musim persekolah­an ini.

CUTI sekolah kembali lagi! Sempena meraikan musim cuti persekolah­an yang baharu sahaja bermula, Astro membawakan pelbagai rancangan dan filem menghiburk­an yang terdiri daripada beberapa genre seperti animasi, komedi, fantasi dan drama selari dengan citarasa penonton terutamany­a segmen kanak-kanak dan remaja.

Malahan, sajian rancangan ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Astro Ceria, saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediaka­n pelbagai rancangan animasi terbaik untuk menceriaka­n masa lapang musim persekolah­an ini.

Antaranya adalah buah tangan terbaharu Didi & Friends iaitu ‘Lagu KanakKanak Didi & Friends Musim 3’ (bersiaran pada setiap hari, jam 8.00 pagi dan 3.00 petang) yang memperkena­lkan rakanrakan baharu Didi beserta dendangan 39 buah lagu rakyat dari seluruh dunia.

Selain itu, animasi Omar & Hana membawakan ‘Omar & Hana Musim 2’ (bersiaran pada setiap hari, jam 11.30 pagi dan 6.00 petang) di mana turut menampilka­n lagu-lagu baharu yang menggalakk­an penonton menyanyi dan bermain sambil belajar menerusi nyanyian lagulagu Islamik.

Tawaran rancangan animasi di Astro Ceria turut diperhebat­kan dengan pengenalan slot ‘Lepak @ Les’ Copaque’ yang menghimpun­kan rancangan animasi terbitan Les’ Copaque iaitu ‘Upin & Ipin’, ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘Puteri’.

Menerusi slot yang akan bersiaran pada setiap hari, jam 1.00 petang ini, penonton akan dapat menyaksika­n siri terbaharu animasi Upin & Ipin iaitu ‘Upin & Ipin Iqra’ yang mengisahka­n dua beradik kembar dan rakan-rakan mereka menghadiri kelas bacaan Al-Quran bersama Ustaz Sheikh Karem Al Makki.

Selain itu, animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ juga kembali dengan musim terbaharu dengan mengangkat kisah-kisah rakyat yang menghiburk­an serta sarat dengan teladan seperti kisah ‘Sang Kancil & Singa’, ‘Kisah Bangau’, ‘Ayam & Musang’ dan banyak lagi.

Animasi ‘Puteri’ pula mengisahka­n kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara dengan menggunaka­n keistimewa­an yang dimiliki masing-masing.

Seleksi rancangan sempena musim cuti persekolah­an di Astro turut diperhebat­kan lagi dengan kehadiran beberapa filem antarabang­sa popular yang disiarkan di saluran HBO seperti ‘Finding Dory’ (bermula pada 1 Disember jam 4:55 petang) dan ‘Paddington 2’ (bermula 22 Disember, jam 9.00 malam).

Di saluran DIVA pula, penonton berpeluang menonton filem ‘Minions’ (bermula 6 Disember, jam 9.55 malam), ‘Mr. Bean’s Holiday’ (bermula 13 Disember, jam 9.55 malam) dan ‘Despicable Me 2’ (bermula 20 Disember, jam 9.55 malam).

Bagi memberi lebih pilihan dan fleksibili­ti kepada penonton, mereka turut boleh menonton rancangan musim persekolah­an pada bilabila masa dan di mana sahaja secara atas talian menerusi perkhidmat­an ‘on demand’.

Antara rancangan yang boleh didapati di ‘on demand’ adalah ‘Spongebob Squarepant­s’, ‘Mickey Mouse Clubhouse’, ‘Ben10: Omniverse’, ‘Didi & Friends’, ‘Cam & Leon’, ‘Geng Bas Sekolah’, ‘Omar & Hana’ serta rancangan kartun berbahasa Tamil, ‘Adventures of Motu Patlu’ dan ‘Bommi Good and Bad Touch’.

Tidak ketinggala­n, rancangan kartun berbahasa Mandarin yang baharu iaitu ‘New Tong Tong’s Wonderland Musim 2’, ‘All New Jackie Chan’s Adventures’ dan ‘The Five Elves: A Magical Journey’ turut boleh didapati di ‘on demand’.

Selain menonton rancangan yang ditawarkan, kanakkanak dan remaja boleh meluangkan masa bermain pelbagai jenis permainan atas talian di laman web Eksplora Ceria (https:// eksplorace­ria.astro.com. my/landing).

Setiap permainan di Eksplora Ceria bertemakan rancangan di Astro seperti ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana,’ ‘Cam & Leon’ dan ‘Suatukala’.

Mereka turut berpeluang memenangi hadiah mingguan menarik dengan mengumpul mata daripada setiap permainan yang dimain.

Anda juga dijemput untuk memeriahka­n acara tahunan Astro, ‘Fun Escaped’ di musim cuti persekolah­an ini di pusat membeli belah Sunway Pyramid (Orang Atrium) mulai 7 – 9 Disember, 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasukla­h kemunculan istimewa ‘Pink Fong Baby Shark’, ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana’, ‘Cheek-e’, ‘SpongeBob & Patrick’, ‘Club Mickey Mouse’ dan banyak lagi.

 ??  ??
 ??  ?? YEO (dua kanan) memerhatik­an kakitangan Jabatan Kesihatan DBKK menyembur asap racun di dalam longkang.
YEO (dua kanan) memerhatik­an kakitangan Jabatan Kesihatan DBKK menyembur asap racun di dalam longkang.
 ??  ?? PADA ZAMAN DAHULU
PADA ZAMAN DAHULU
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia