Utusan Borneo (Sabah)

Remaja perempuan hilang di Tanjung Piai ditemukan lemas

-

JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika bermain bersama rakan di kawasan tambakan pasir berdekatan perairan Tanjung Piai, Pontian, Isnin lepas ditemukan lemas, pada Jumaat.

Nurul Jannah Zainal, 17, ditemukan penduduk setempat yang sedang mencari siput di kawasan paya bakau berhampira­n kira-kira 9.50 pagi Sabtu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata sejurus menerimama­klumat,sebuah bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) terus digerakkan ke lokasi.

“Namun, kita (APMM) mendapati ianya (mayat) hanya dapat diambil melalui jalandarat­berikutank­eadaan air yang surut menyebabka­n bot tidak boleh memasuki kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.

Sanifah berkata bagaimanap­un, dengan bantuan polis dan penduduk sekitar, mayat mangsa kemudianny­a berjaya dikeluarka­n dan disahkan oleh keluargany­a.

Mayat remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat, katanya.

Menurut Sanifah, malam tadi, operasi mencari dan menyelamat­kan remaja itu terpaksa ditamatkan berikutan tiada petunjuk baharu ditemui walaupun pelbagai usaha telah dilaksanak­an sepanjang lima hari pencarian.

Ia juga setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk kata sepakat yang dicapai semua pihak yang terlibat dalam satu perbincang­an yang diadakan petang semalam.

“Namun, pada kira-kira 9.50 pagi hari ini (Sabtu), pihak kami (APMM) menerima maklumat awam mengenai penemuan satu mayat yang dipercayai merupakan mangsa lemas di kawasan paya bakau berhampira­n lokasi kejadian,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia