Utusan Borneo (Sabah)

20 peratus penghidap diabetes capai tahap kawalan di Kelantan

-

MACHANG: Hanya 20 peratus daripada 185,825 penghidap diabetes di Kelantan mencapai tahap kawalan dengan baik menerusi rawatan yang teratur dan pemeriksaa­n berkala.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata kajian yang dijalankan oleh Audit Klinikal Diabetes pada tahun 2015 itu adalah sangat membimbang­kan dan perlu diberi perhatian.

“Kerjasama antara pesakit, keluarga pesakit dan masyarakat perlu diperkukuh­kan bagi memastikan penyakit itu berada di tahap terkawal secara optimum,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali.

Dr Zaini berkata, kadar kegemukan dalam kalangan rakyat Kelantan juga turut menyumbang penyakit itu semakin meningkat iaitu 12.5 peratus pada tahun 2006 kepada 16.2 peratus pada tahun 2015.

Beliauberk­ataselaini­tu,gayahidup yang tidak sihat, amalan makanan seharian yang kebanyakan­nya tiada langsung dengan ciri-ciri makanan yang seimbang serta kurang meluang masa bersukan menjadi punca ramai rakyat Kelantan menghidap penyakit kronik itu.

Beliau berkata penyakit diabetes boleh dikawal dengan pengambila­n ubat yang teratur, lebih banyak melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, berlari, bermain bola sepak dan sebarang aktiviti yang boleh mengeluark­an peluh.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia