Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan anak bermula di rumah

120 murid SK Sri Melanta Jaya terima sijil Graduasi Tahun 6, 2018

- Oleh SALMAN ABADI ADIN (tengah) mengabadik­an gambar kenangan bersama Beche (tiga kiri), Mohd Jamil (tiga kanan) dan sebahagian tetamu jemputan dan para Penolong Kanan SK Sri Melanta Jaya, Sandakan.

SANDAKAN: Usaha mencapai kecemerlan­gan pelajaran anak-anak sebenarnya bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan guru pertama yang dikenali oleh anakanak sejak kecil.

Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi, Adin Haji Ismail berkata sebagai ‘guru pertama’ kepada anakanak di rumah, ibu bapa bertanggun­gjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehka­n anakanak mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Majlis Graduasi Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melanta Jaya, di Ballroom Hotel Borneo Cove, di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain bertanggun­gjawab menanam nilai-nilai dan akhlak mulia, ibu bapa berperanan penting memberi pendidikan yang sesuai dan terbaik bagi membolehka­n anak-anak berjaya pada masa hadapan dan menjadi manusia yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

“Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan murid-murid (anak-anak) sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut,” katanya.

Menurutnya, ia amat penting bagi mempersiap­kan generasi muda atau anakanak didik pada hari ini untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 serta mendepani pelbagai cabaran baharu di peringkat global.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan semua warga sekolah, khasnya Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pelaksana yang telah berusaha bertungkus-lumus menjayakan Majlis Graduasi Tahun 6, 2018.

Sementara itu, Guru Besar SK Melanta, Beche Haji Nahok berkata seramai 120 murid Tahun Enam diraikan dan menerima sijil Graduasi Tahun Enam sempena majlis itu.

Katanya, majlis itu antara lain bertujuan untuk menghargai kesungguha­n dan kejayaan murid, di samping menjadi suntikan motivasi agar mereka mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, katanya majlis itu dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga murid serta para pemimpin masyarakat setempat.

Katanya, kejayaan anakanak pada hari ini bukanlah hanya terletak di atas bahu pihak sekolah semata-mata, sebaliknya penggembel­ingan tenaga daripada pihak ibu bapa dan penjaga turut memainkan peranan penting sebagai menyumbang utama ke arah kejayaan anakanak.

“Justeru,sayajugame­nyeru ibu bapa agar sentiasa mengambil berat tentang perkembang­an pendidikan anak-anak mereka sebagai usaha sama dengan pihak sekolah untuk membimbing murid ke arah kejayaan,” katanya.

Menurut Beche, sebagai memenuhi tuntutan untuk menjadi golongan pelapis yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan, setiap murid haruslah berusaha mencapai kecemerlan­gan, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulu­m dan sahsiah.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n tidak terhingga kepada semua guru atau tenaga pengajar dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf sokongan di sekolah itu yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan terbaik dalam usaha mencipta kecemerlan­gan sekolah dalam pelbagai bidang.

Pada majlis itu, pelbagai kategori anugerah disampaika­n kepada muridmurid­cemerlangt­ermasuklah ‘Anugerah Khas Guru Besar’ yang dianugerah­kan kepada Muhammad Ashrafi Alipuddind­anNurulHal­imah Tahar.

Anugerah khas kurikulum dianugerah­kan kepada Muhammad Alyusry Madsaik dan Nurul Shahwini Nulsan, anugerah khas Hal Ehwal Murid (HEM) dianugerah­kan kepada Mohammad Nor Amatfitri Nuridin dan Vianalai Jowhar.

Sementara itu, anugerah khas kokurikulu­m pula dianugerah­kan kepada Muhammad Aaron Firdaus Mohd Faizal dan Jasmine Arabella Sayat yang mana anugerah khas ini diberikan berdasarka­n pencapaian murid sepanjang berada di sekolah.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu ialah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Mohd Jamil Mohd Hassan yang juga Penyelia Unit HEM PPD Sandakan, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Mustafa dan barisan Guruguru Penolong Kanan SK Sri Melanta Jaya, Sandakan serta lebih 100 ibu bapa murid.

“Sebagai ‘guru pertama’ kepada anakanak di rumah, ibu bapa bertanggun­gjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehka­n anak-anak mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan pada masa hadapan. ” ADIN HAJI ISMAIL Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi

 ??  ??
 ??  ?? ADIN menyampaik­an anugerah khas kepada salah seorang murid cemerlang.
ADIN menyampaik­an anugerah khas kepada salah seorang murid cemerlang.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PENERIMA anugerah murid cemerlang bergambar kenangan bersama Adin (tengah), Mohd Jamil, Mustapa dan Beche (enam kiri) sempena Majlis Graduasi Tahun 6, 2018 SK Sri Melanta Jaya, Sandakan.
(Gambar kanan) ADIN menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Beche.
(Gambar atas) PENERIMA anugerah murid cemerlang bergambar kenangan bersama Adin (tengah), Mohd Jamil, Mustapa dan Beche (enam kiri) sempena Majlis Graduasi Tahun 6, 2018 SK Sri Melanta Jaya, Sandakan. (Gambar kanan) ADIN menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Beche.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia