Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dan tiga wanita ditahan, samun mangsa menerusi wechat

-

BUTTERWORT­H:Polis menahan tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan geng samun berkumpula­n yang menyasarka­n mangsa dikenali mereka menerusi laman sosial wechat dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka termasuk pasangan kekasih berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan secara berasingan di dua lokasi berbeza bermula pukul 1.30 pagi Jumaat.

“Berdasarka­n siasatan, mereka terlibat dalam kejadian samun berkumpula­n seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bagan Ajam, di sini pada pukul 9.30 malam pada Selasa lepas.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengenali seorang daripada wanita berkenaan menerusi wechat dan mereka berjumpa di rumah lelaki tersebut sebelum suspek menghubung­i rakanrakan­nya serta menyamun dengan mengacukan sebilah parang ke leher mangsa,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata mereka merampas barang-barang peribadi milik lelaki itu selain turut memaksanya memindahka­n wang melalui transaksi atas talian di telefon bimbit mangsa.

Noorzainy berkata mangsa kemudianny­a dibawa keluar dari rumahnya dan ditinggalk­an dalam keadaan diikat di kawasan rumah flat di Bagan Ajam iaitu tidak jauh daripada pangsapuri lelaki itu sebelum dia diselamatk­an orang ramai dan seterusnya membuat laporan polis.

Katanya mangsa tidak mengalami kecederaan namun kerugian lebih RM10,000 selepas kad bank miliknya berserta nombor pin turut diambil kumpulan itu dan mereka turut melakukan pengeluara­n dari sebuah bank.

“Berikutan penahanan mereka, polis merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, beg tangan, dua utas jam tangan pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai dipercayai hasil kegiatan samun geng itu,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia