Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Usahawan TEB Sabah capai objektif

Membantu memacu ekonomi, 30 ahli TEB terima sumbangan berjumlah RM4,000

- Oleh SALMAN ABADI

SIPITANG: Program Road Tour Karnival Usahawan anjuran Team Ekonomi Bumiputera (TEB) Sabah dengan kerjasama Majlis Daerah Sipitang (MDS) yang berlangsun­g di Tapak Bazar Sipitang baru-baru ini berjaya mencapai objektif penganjura­nnya.

Pengerusi penganjur, Nuralizah Lee Abdullah @ Nelly Lee berkata program yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dalam kalangan usahawan dan dan juga masyarakat sekitar.

Katanya, program jelajah itu berjaya menghimpun­kan lebih 40 usahawan termasukla­h 20 usahawan TEB Sabah, manakala yang lain adalah peserta di bawah program keusahawan­an Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga usahawan persendiri­an.

Beliau berkata, karnival yang diadakan di Sipitang adalah perintis kepada pelaksanaa­n Program Road Tour Karnival Usahawan dan pihak TEB Sabah telah merancang untuk melaksanak­annya di 25 daerah di Sabah.

“Lokasi seterusnya ialah di daerah Keningau dan kemudianny­a ke Beluran pada tahun depan,” katanya, dan ia akan terus diperluask­an ke semua daerah yang disasarkan secara berperingk­at.

Menurutnya, tujuan utama Program Road Tour Karnival Usahawan itu adalah untuk memacu ekonomi ummah, selain memberi ruang dan peluang serta menggalakk­an para usahawan untuk mendaftar menjadi ahli TEB demi membantu para usahawan khasnya golongan bumiputera ke arah memperkemb­angkan potensi dan memajukan lagi perniagaan yang diceburi.

Nuralizah menjelaska­n, kempen ‘Jom Ahli’ TEB dengan bayaran yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM150, menawarkan 23 kelebihan kepada ahli yang mendaftar.

Antaranya ialah peluang dan aktiviti mengikuti kursus bimbingan awal perniagaan, bantuan kos pengiklana­n perniagaan, taklimat motivasi perniagaan, karnival perniagaan di setiap daerah, peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anakanak ahli dan juga program Hari Keluarga ahli TEB pada setiap tahun.

Beliau menjelaska­n, TEB juga menawarkan lima kelebihan lain termasukla­h bonus hujung tahun, bonus hari perayaan, skim perlindung­an Takaful Insuran Khas kepada ahli yang keluar negara sahaja, cabutan Umrah percuma kepada ahli dan juga cabutan melancong percuma keluar negara bagi ahli yang bukan beragama Islam (NonMuslim).

Nuralizah yang juga Pengurus TEB daerah Beluran menjelaska­n, TEB Sabah juga amat prihatin terhadap kebajikan para ahli yang berdaftar dengan menyediaka­n 12 jenis bantuan kebajikan termasukla­h bantuan kos perubatan bagi anak-anak ahli yang berumur tujuh tahun ke bawah, bantuan barangan atau kewangan kepada ibu tunggal dan warga emas, bantuan keperluan pendidikan anak anak ahli dan bantuan pinjaman biasiswa pendidikan.

“TEB Sabah juga menyediaka­n kemudahan dan bantuan untuk ibu bersalin berbentuk barangan bernilai RM200, bantuan kemalangan dan musibah kepada ahli, bantuan skim kecemasan sebanyak RM300 kepada ahli yang hilang pekerjaan,” jelasnya.

Selain itu, bantuan lain yang ditawarkan ialah bantuan untuk menggunaka­n penerbanga­n Air Asia atau Malindo Air dengan diskaun 10 peratus dan juga bantuan tiket sebanyak RM200 kepada anak-anak ahli yang melanjutka­n pelajaran di universiti tempatan (IPT), bantuan kewangan untuk menunaikan Haji dan Umrah, bantuan khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris dan juga saham ahli Team Ekonomi Borneo.

Berucap merasmikan karnival itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEB Sabah, Roslan Mayahman berkata TEB Sabah ditubuhkan di Sandakan sejak 2016 dengan jumlah keahlian berdaftar setakat ini ialah 5,000 orang di 25 daerah di Sabah.

Katanya, penubuhan TEB Sabah bermatlama­t untuk memberi peluang kepada para ahli untuk menambah pendapatan­danmeningk­atkan ekonomi masyarakat melalui penganjura­n karnival usahawan.

Beliau berkata, selain memfokuska­n penglibata­n para usahawan atau pemain industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan, karnival itu juga bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m khasnya dalam kalangan ahli TEB seluruh Sabah dan juga penduduk setempat.

Sempena program itu, Roslan turut menyampaik­an sumbangan atau bantuan kewangan berjumlah RM4,000 kepada 30 ahli TEB Sabah yang terdiri daripada warga emas (RM100 seorang), ibu tunggal (RM200), ibu bersalin (RM200) dan ahli yang ditahan di wad hospital (RM100).

“Program jelajah itu berjaya menghimpun­kan lebih 40 usahawan termasukla­h 20 usahawan TEB Sabah, manakala yang lain adalah peserta di bawah program keusahawan­an Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan juga usahawan persendiri­an. ” NURALIZAH LEE ABDULLAH @ NELLY LEE Pengerusi penganjur

 ??  ?? PARA Pegawai Eksekutif dan pengurus TEB daerah yang terlibat menjayakan Program Road Tour Karnival Usahawan anjuran Team Ekonomi Borneo Sabah 2018 di Sipitang.
PARA Pegawai Eksekutif dan pengurus TEB daerah yang terlibat menjayakan Program Road Tour Karnival Usahawan anjuran Team Ekonomi Borneo Sabah 2018 di Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia