Utusan Borneo (Sabah)

KTYS tawar program PW2 separuh masa bermula awal tahun depan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) menawarkan Program Pendawaian Fasa Tunggal dengan pengesahan Pensijilan (PW2) secara separuh masa, bermula awal tahun depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Waky Taim berkata, pengenalan program berkenaan adalah dengan usahasama Persatuan Elektrik Sabah (PES) yang diperkenal­kan oleh Suruhanjay­a Tenaga (ST).

“Kelayakan PW2 dari ST adalah pensijilan kompentens­i yang diiktiraf oleh kerajaan dan peringkat seterusnya bagi pelajar yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“Ia juga adalah satu langkah ke hadapan bagi memperoleh lesen kontraktor dalam kerja-kerja pendawaian sivil atau program penswastaa­n,” katanya pada sidang media sempena Hari Info KTYS, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Waky berkata, syarat kemasukan bagi program berkenaan adalah pemohon haruslah warganegar­a Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Selain itu katanya, pemohon perlu berjaya menamatkan pembelajar­an tingkatan lima dan memiliki pengalaman kerja selama dua tahun dalam bidang yang berkaitan.

“Manakala, bagi mereka yang mempunyai SKM tahap dua dan tiga hanya memerlukan satu tahun pengalaman kerja.

“Latihanpro­gramakanbe­rlangsung selama enam bulan dengan yuran kelas berjumlah RM1,800, serta bayaran pendaftara­n mengikuti peperiksaa­n ST adalah RM140,” katanya.

Sementara itu, Presiden PES Leslie Jong Vui Kee berkata, kolaborasi ini selaras dengan perjanjian memorandum persefaham­an (MoU) yang tercapai antara persatuan itu dengan KTYS sejak 2017.

Katanya, permintaan tinggi dalam kalangan individu bekerja untuk mendapat perakuan kekompeten­an pendawaian dengan endorsan pengujian PW2 juga adalah salah satu faktor utama program itu disediakan.

(tiga, kiri) merakam gambar kenangan bersama kakitangan KTYS di pejabat MPP yang baharu.

“Oleh yang demikian, PES dan KTYS sudah mencapai kata sepakat untuk melancarka­n program separuh masa PW2 yang sebelum ini hanya tersedia secara sepenuh masa.

“Kelebihan program ini sudah semestinya dapat dilihat dari segi masa pembelajar­an yang lebih fleksibel terutamany­a dalam kalangan individu yang bekerja kerana mereka dapat mengikuti kursus ini dan bekerja dalam masa yang sama.

“Ia juga secara tidak langsung dapat menaik taraf prestasi pekerja dalam bidang elektrik bagi mencapai keperluan industri semasa yang kini lebih selektif dalam hal penggambil­an pekerja yang lebih mahir dan kompeten,” jelasnya.

Justeru, Leslie berharap program ini akan maju dan berkembang seiring peredaran era sains dan teknologi pesat pada masa kini supaya kekal berdaya saing dalam pasaran global.

Terdahulu hadir sama ialah Pengurus Jabatan Pembanguna­n Perniagaan Hilary Sibangun dan Bendahari PES Lai Tet Vui.

 ??  ?? WAKY
WAKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia