Utusan Borneo (Sabah)

Kg Rundum berpotensi jadi pengeluar pertanian utama

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG : Kampung Rundum yang terletak di kawasan pedalaman kira kira 70 kilometer dari Pekan Tenom mempunyai potensi besar menjadi pengeluar hasil pertanian utama negeri khususnya sayuran tanah tinggi.

Selain bentuk muka bumi yang bergunungg­anang, kesuburan tanah secara semula jadi dan keadaan cuacanya boleh mencecah 16 darjah selsius membolehka­n segala tanaman yang ditanam memberi hasil yang amat menggalakk­an.

Penanaman sayuran tanah tinggi yang dijalankan secara bertingkat dan secara kecil-kecilan oleh penduduk kawasan ini telah menghasilk­an sayur bermutu.

Bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada penduduk kampung khususnya pengusaha tanaman sayuran tanah tinggi di kampung ini satu kursus tanaman sayuran tanah tinggi dan pemprosesa­n makanan telah diadakan di kampung berkenaan dengan penyertaan 120 orang peserta.

Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kursus yang berlangsun­g selama tiga hari itu dibimbing oleh 20 pakar pertanian tanah tinggi termasuk Pengarah Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie.

“Kita berharap melalui kursus ini para peserta akan dapat didedahkan dengan pengalaman dan pengetahua­n yang lebih sistemetik dari segi cara penanaman, penjagaan termasuk penggunaan baja yang sesuai agar hasil pertanian yang dihasilkan lebih berkualiti untuk dipasarkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan kursus tersebut pada Khamis lepas.

Menurut Jamawi kejayaan penanaman sayur di kawasan itu dipengaruh­i oleh bentuk muka bumi dan kesuburan tanahnya.

 ??  ?? JAMAWI diberikan penjelasan oleh Idrus mengenai kawasan yang diusahakan untuk pertanian sayuran tanah tinggi di Kampung Rundum.
JAMAWI diberikan penjelasan oleh Idrus mengenai kawasan yang diusahakan untuk pertanian sayuran tanah tinggi di Kampung Rundum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia