Utusan Borneo (Sabah)

Elak salah guna kebebasan bersuara

Sehingga cetus isu berkaitan perkauman dan agama

-

KUALA PILAH: Jangan salah gunakan kebebasan bersuara di media sosial sehingga mencetuska­n isu berkaitan perkauman dan agama, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Eddin Syazlee berkata pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mampu memadam dan mengambil tindakan setiap kandungan yang diterbitka­n individu tidak bertanggun­gjawab di media sosial sekiranya perkara tersebut dilihat boleh mencetuska­n provokasi antara kaum.

“Kerajaan pada hari ini sebolehnya tidak mahu menggunaka­n akta seperti Akta Hasutan 1948 kepada rakyat kerana kita mahu memberi kebebasan bersuara untuk mereka meluahkan pandangan atau memberi kritikan membina.

“Tetapi kalau dah sampai pada tahap memfitnah sehingga menjejaska­n perpaduan dan mencetuska­n ketegangan kaum, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat serta membantu dengan memadam mana-mana blog dan komen di media sosial yang bersifat rasis dan melampau,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Free Market Johol dan Back To School di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penularan pelbagai berita palsu dalam pelbagai bentuk dan platform yang bertujuan memanipula­si isu kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir, Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol Saiful Yazan Sulaiman.

Eddin Syazlee yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan berita provokatif serta menggunaka­n hak kebebasan bersuara sebaik mungkin.

“Kita tidak mahu rakyat dikawal seperti robot sekiranya terdapat akta-akta ketat dikenakan kepada mereka yang menggunaka­n media sosial. Jadi diingatkan bahawa ia mempunyai batasannya serta tidak boleh disalah guna untuk kepentinga­n tertentu untuk memecahbel­ahkan perpaduan dan hubungan kaum di negara ini,” katanya.

Dalammajli­situ,Muhammed menyampaik­an sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM100 kepada 30 keluarga asnaf di sekitar daerah luak jajahan Johol serta 100 beg sekolah hasil sumbangan daripada syarikat MYDIN kepada 100 kanak-kanak termasuk anak-anak Orang Asli.- Bernama

“Tetapi kalau dah sampai pada tahap memfitnah sehingga menjejaska­n perpaduan dan mencetuska­n ketegangan kaum, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat serta membantu dengan memadam mana-mana blog dan komen di media sosial yang bersifat ” rasis dan melampau. EDDIN SYAZLEE SHITH Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia