Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadi dalang cetus permusuhan pelbagai kaum: Sultan Nazrin

-

KUALA KANGSAR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah pada Sabtu mengingatk­an rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menzahirka­n rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahka­n disebabkan persaingan politik.

“Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat berdendam.

“Pihak yang menang hendaklah mengamalka­n budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalka­n budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Konvokensy­en ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini, pada Sabtu yang menyaksika­n seramai 1,303 graduan menerima ijazah dan diploma masingmasi­ng.

Baginda bertitah kebijaksan­aan para pengasas negara ini yang memiliki hikmah (wisdom) membangunk­an sebuah negara dengan rakyat berjaya disatukan hendaklah terus dipupuk agar negara yang aman, tenteram, harmoni lagi makmur dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Ada negara yang menghadapi konflik hingga hancur musnah kerana perselisih­an berpunca daripada perbezaan mazhab, berlainan agama dan ada yang berpisah kerana tuntutan autonomi wilayah serta ada yang berbunuhan kerana perbezaan ideologi politik.

“Malaysia memiliki semua komponen untuk dijadikan bahan mencetuska­n konflik. Namun pemimpin terdahulu memilih untuk tidak berkonflik,” titah Sultan Nazrin.

Dalam pada itu, baginda mengingatk­an para graduan supaya menggunaka­n pengetahua­n mereka menjadi warga berilmu yang berfikiran rasional, tidak mudah diracuni minda untuk mencetuska­n persengket­aan berdasarka­n emosi, arif mengelakka­n diri daripada diperalatk­an memenuhi nafsu orang-orang yang berfikiran cetek serta tidak berwawasan jauh.

Baginda turut mengucapka­n tahniah kepada para graduan USAS serta menzahirka­n penghargaa­n kepada anggota keluarga yang berada di belakang kejayaan mahasiswa berkenaan.

“Betamenzah­irkanucapa­n terima kasih kepada setiap warga USAS, pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah, naib canselor dan anggota akademik, begitu juga kepada staf pengurusan dan kakitangan sokongan yang telah memberikan komitmen, terus meningkatk­an kejayaan USAS,” titah Sultan Nazrin.- Bernama

 ??  ?? SULTAN Nazrin (tiga, kanan) berkenan bergambar dengan penerima Anugerah Tuanku Canselor, Munazzahah Zulkifli (tiga, kiri) bersama bersama bapanya Zulkifli Abu (dua, kanan) dan ibunya Maznah Ismail (kanan) selepas majlis Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah ke-11 di Dewan Jubli Perak. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri).
SULTAN Nazrin (tiga, kanan) berkenan bergambar dengan penerima Anugerah Tuanku Canselor, Munazzahah Zulkifli (tiga, kiri) bersama bersama bapanya Zulkifli Abu (dua, kanan) dan ibunya Maznah Ismail (kanan) selepas majlis Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah ke-11 di Dewan Jubli Perak. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia