Utusan Borneo (Sabah)

Penganut berkunjung ke Kuil Sri Maha Mariamman seperti biasa

-

SUBANG JAYA: Keadaan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 di sini dan kawasan sekitarnya setakat pukul 11 pagi Sabtu kelihatan tenang dengan ramai penganut berkunjung ke kuil seperti biasa bagi upacara sembahyang.

Tinjauan Bernama mendapati jumlah penganut yang berkunjung ke kuil itu lebih ramai hari ini berbanding semalam.

Cuma berlaku sedikit kesesakan lalu lintas di Lebuhraya DamansaraP­uchong(LDP)yangmengha­la ke kuil dan polis trafik dilihat cuba membantu melancarka­n aliran trafik.

Menurut seorang pengunjung J. Kaliammah, 54, beliau datang ke kuil itu untuk sembahyang seperti biasa tanpa rasa takut selepas insiden rusuhan pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas.

“Dengan kawalan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutua­n), kami berasa begitu selamat untuk datang ke kuil dan sembahyang seperti biasa,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Sabtu.

K. Kanniappan, 62, pula berkata beliau ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak polis dan FRU kerana menjaga ketenteram­an awam dan memulihkan keadaan.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak polis dan FRU kerana menjaga keselamata­n penganut-penganut yang datang ke kuil serta menjaga keamanan di sekitar kuil,” katanya.

Pasukan polis dan FRU masih melakukan kawalan di persekitar­an kuil berkenaan walaupun keadaan dilihat kembali pulih.

Terdapat tujuh trak membawa anggota FRU dan sebuah jentera milik pasukan berkenaan ditempatka­n berhampira­n kuil itu.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin danSelasab­erikutanpe­rbalahan mengenai perpindaha­n kuil itu ke tapak baharu menyebabka­n kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia