Utusan Borneo (Sabah)

Perak kaji larangan penggunaan straw plastik

-

IPOH: Kerajaan negeri akan mengkaji dahulu sebelum menguatkua­sakan larangan penggunaan straw minuman plastik di negeri itu, kata Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta peniaga yang terlibat dalam sektor makanan sebelum sebarang penguatkua­saan dilakukan.

“Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan yang akan menyusahka­n peniaga terutama peniaga kecil kerana sudah tentu mereka mempunyai bekalan straw yang telah dibeli sebelum itu dan ia sudah tentu merugikan mereka.

“Kita akan memastikan segala keputusan dan perubahan tidak dilaksana secara drastik kerana tidak mahu menyusahka­n golongan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018 peringkat negeri di sini pada Sabtu.

Bermula 1 Jan tahun depan, semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilarang menggunaka­n straw minuman plastik bagi mengurangk­an pencemaran berasaskan plastik serta memulihara alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata tempoh untuk mendidik masyarakat terutamany­a peniaga akan dilaksanak­an sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkua­saan undang-undang dilaksanak­an sepenuhnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penglibata­n dari pertubuhan bukan kerajaan, komuniti korporat serta individu terlibat dalam program dan aktiviti berteraska­n alam sekitar.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia