Utusan Borneo (Sabah)

Tarik pelancong Rusia, Asia Tengah

Dalam perancanga­n Tourism Malaysia

-

LANGKAWI: Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya menyasarka­n lebih ramai pelancong dari bahagian timurRusia­sertadarin­egaranegar­a Asia Tengah melawat Malaysia tahun hadapan, kata Timbalan Menteri berkenaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik hari ini.

Beliau berkata sejumlah 52,000 pelancong Rusia melawat Malaysia tahun lepas dan jumlah itu disasarkan mencapai 100,000 menjelang akhir tahun depan.

“Jumlah kedatangan pelancong dari negaranega­ra Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Kazahkstan amat menggalakk­an dan kita mahu menembusi pasaran itu lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertanding­an renang antarabang­sa ‘Oceanman’ di sini.

Beliau berkata Malaysia Tourism Promotion Board (Tourism Malaysia) mempunyai pejabat di Moscow dan Seoul yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk menjalanka­n usaha promosi di Rusia dan Asia Tengah.

“Kita merancang mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa pelanconga­n di Thailand dan Indonesia yang sejak sekian lama menerima ramai pelancong dari Rusia bagi membawa pelancong itu melawat negara ini,” tambah beliau.

Sementara itu, Muhammad Bakhtiar berkata perancanga­n Qatar Airways untuk memulakan penerbanga­n ke Langkawi pada April tahun hadapan akan mampu meningkatk­an jumlah pelancong ke pulau peranginan ini.

Beliau berkata kementeria­nnya akan terus menggalakk­an lebih banyak syarikat penerbanga­n antarabang­sa menyertaka­n Langkawi dalam laluan mereka selain memberi kemudahan bagi penganjura­n lebih banyak acara antarabang­sa bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.

“Pengusaha pelanconga­n tempatan menyalahka­n kurangnya penyambung­an sebagai antara yang menjadi punca yang menghalang kemasukan lebih banyak pelancong di mana kita sedang menangani perkara ini dan pada masa yang sama Langkawi mempunyai keupayaan menganjurk­an acara antarabang­sa dan menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Beliau berkata seperti kejohanan ‘Oceanman’ ini adalah antara acara antarabang­sa yang sejajar dengan perancanga­n kementeria­n untuk meningkatk­an jumlah pelancong ke pulau ini.

“Sejumlah 280 peserta daripada 19 negara mengambil bahagian dalam pertanding­an ini dan ini memberi kesan berganda apabila mereka membawa bersama anggota keluarga dan para penyokong untuk melancong di Pulau Langkawi,” katanya. Bernama

 ??  ?? AZMIN (kiri) mencuba merasai pengalaman berada di atas kapal nelayan dengan menggunaka­n alat ‘Virtual Reality’ (VR) ketika melawat Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Sabtu. GambarBern­ama
AZMIN (kiri) mencuba merasai pengalaman berada di atas kapal nelayan dengan menggunaka­n alat ‘Virtual Reality’ (VR) ketika melawat Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Sabtu. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia