Utusan Borneo (Sabah)

Alaska dilanda gempa bumi sangat kuat, 7.0 magnitud “Gegaran sekuat 7.0 magnitud berlaku pada jam 8:29 pagi waktu tempatan, ketika mengadakan larian sekolah dan ketika pekerja sedang menuju keluar pada tersebut.” hari

Gegaran sangat kuat dirasai pada rumah dan bangunan perniagaan, sebabkan kerosakan besar pada infrastruk­tur

-

LOS ANGELES: Satu gempa bumi yang sangat kuat menggegark­an Anchorage kelmarin, menyebabka­n gegaran yang sangat kuat pada rumah-rumah dan bangunan perniagaan, dan para penduduk yang ketakutan berlari keluar ke jalan raya serta mengakibat­kan kerosakan pada beberapa bangunan di bandar terbesar di Alaska.

Gegaran sekuat 7.0 magnitud berlaku pada jam 8:29 pagi waktu tempatan, ketika mengadakan larian sekolah dan ketika pekerja sedang menuju keluar pada hari itu.

Pihak AS Geological Survey menyatakan kepusatan adalah kira-kira lapan batu di utara Anchorage pada satu kedalaman 25 batu.

Pihak polis di bandar bagi kira-kira 300,000 menyatakan ia menyebabka­n “kerosakan besar pada infrastruk­tur.”

“Banyak rumah dan bangunan telah rosak,” menurut jabatan polis dalam satu kenyataan. “Banyak jalan raya dan jambatan ditutup. Jangan berada di jalan raya sekiranya anda tidak perlu ke mana-mana.”

Terdapat tiada laporan lanjut mengenai kecederaan yang ketara.

Satu amaran tsunami dikeluarka­n untuk Cook Inlet dan Semenanjun­g Kenai selepas gempa bumi besar-besaran namun kemudian segera ditarik balik.

Penduduk menghantar gambar-gambar dan video kepada Twitter mengenai kerosakan pada rumah dan kedai mereka, barang-barang yang terjatuh dari rak, cermin tingkap yang pecah dan gambar-gambar berselerak­an di atas lantai.

Anggota gabungan CBS tempatan KTVA menghantar sebuah video bagi sebuah bilik yang bergoncang dengan panelnya jatuh dari siling serta lampunya berkelip-kelip ketika penghuniny­a berlindung di bawah meja.

“Semua orang berlari keluar dari kedai kopi yang saya masuki di Anchorage ketika gempa bumi yang kuat melanda,” Nat Herz, seorang wartawan dengan portal berita Alaska, Energy Desk, dihantar di Twitter.

Senator Alaska Lisa Murkowski menyatakan pihak berkuasa berasa bimbang mengenai akses bagi bekalan kuasa selepas gempa bumi.

“Ia adalah musim sejuk. Ia sejuk, Ia adalah gelap. Serta kami tidak pasti bagaimana dengan situasi bekalan kuasa,” menurut Murkowski. “Kami berasa bimbang mengenai masalah pada saluran gas.”

Syarikat ENSTAR Natural Gas telah meminta penduduk agar berjaga-jaga bagi kebocoran gas sementara syarikat air utama menyatakan terdapat kebocoran pada paip air.

Municipal Light Power memberikan amaran bagi kemungkina­n tiang elektrik tumbang dan menyatakan ia sedang cuba untuk mengembali­kan bekalan elektrik untuk pengguna yang terjejas.

Kira-kira dua jam 30 minit selepas gempa bumi, Municipal Light Power menyatakan seramai 7,000-10,000 pelanggan yang masih tanpa bekalan elektrik.

Pihak syarikat menyatakan terdapat tiada kerosakan kepada infrastruk­tur penjanaan elektrik.

University of Alaska telah mengumumka­n ia telah ditutup pada hari tersebut. “Semua kakitangan yang tidak penting harus pulang ke rumah,” menurutnya dalam satu kenyataan Twitter.

Lapangan terbang Anchorage menghentik­an buat sementara waktu penerbanga­n keluar masuk selepas menara kawalan udara telah dikosongka­n.

Dalam satu rakaman audio yang dihantar dalam talian, seorang kontroler trafik udara dapat didengari memberitah­u sebuah pesawat kargo FedEx agar berpatah balik, membatalka­n pendaratan­nya ketika gempa bumi berlaku.

Sebuah video yang dihantar kepada Twitter menunjukka­n sebatang jalan bengkangbe­ngkok di satu kawasan keluar lebuh raya menuju ke lapangan terbang dan sebuah kereta yang terkandas.

Sekolah Daerah Anchorage memberitah­u ibu bapa agar datang mengambil anak-anak mereka “ketika kamu berasakan ia adalah selamat untuk berbuat sedemikian.”

Trans Alaska Pipeline, salah satu dari saluran paip minyak mentah terpanjang di dunia, telah ditutup sebagai satu langkah berjaga-jaga supaya kru dapat memeriksa sistem.

Setiausaha media Rumah Putih Sarah Sanders menyatakan Presiden Donald Trump telah dimaklumka­n mengenai gempa bumi itu dan sedang mengawasi laporan kerosakan.

Alaska dilanda oleh gempa bumi sekuat 9.2 magnitud pada Mac 1964, yang paling kuat pernah direkodkan di Amerika Utara, yang menyebabka­n 139 terbunuh. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEBUAH kenderaan terkandas dalam runtuhan jalan raya berdekatan lapangan terbang selepas gempa bumi melanda di Anchorage, Alaska di Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Reuters SEBUAH kenderaan terkandas dalam runtuhan jalan raya berdekatan lapangan terbang selepas gempa bumi melanda di Anchorage, Alaska di Amerika Syarikat kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? KEROSAKAN akibat gempa bumi dilihat di dalam sebuah kedai di Anchorage, Alaska di AS kelmarin dalam gambar diperolehi daripada media sosial.
— Gambar Reuters KEROSAKAN akibat gempa bumi dilihat di dalam sebuah kedai di Anchorage, Alaska di AS kelmarin dalam gambar diperolehi daripada media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia