Utusan Borneo (Sabah)

Suspek tembak dua lelaki ditahan di pusat beli-belah

-

WASHINGTON: Kelmarin pihak polis telah menahan seorang lelaki yang dikatakan menembak dua orang di sebuah pusat beli-belah di wilayah Alabama, AS satu insiden di mana seorang anggota polis telah membunuh seorang suspek sebelum ini.

ErronMarte­zDequanBro­wn, 20, telah ditahan di wilayah berhampira­n Georgia bagi cubaan membunuh selepas dikatakan menembak dan mencederak­an dua orang di pusat beli-belah di Hoover, Alabama, menurut Agensi Penguatkua­saan Undang-undang Alabama (ALEA) dalam satu kenyataan.

Dalam respons polis bagi kejadian tembakan, seorang anggota polis telah menembak dan membunuh Emantic Fitzgerald Bradford, yang turut berada dalam pusat beli-belah yang penuh dengan orang ramai, dan memiliki senjata.

Pihak polis Hoover menyatakan mereka telah memintas penembak namun kemudian mengakui bahawa Bradford, veteran tentera berusia 21 tahun, adalah kemungkina­n bukan orang yang menembak dan mencederak­an mangsa berusia 18 dan 12 tahun. Keluarga Bradford menyatakan dia mempunyai lesen untuk memiliki senjata.

Kematianny­a memprovok tunjuk perasaan berang di Hoover ketika penunjuk perasaan mengutuk kejadian terbaharu dalam satu rangkaian bagi tembakan polis berprofil tinggi selama beberapa tahun, terutama bagi anggota polis kulit putih membunuh lelaki kulit hitam. Bradford adalah lelaki kulit hitam.

Keluarga telah mengupah seorang peguam hak sivil dan anggota polis tersebut diarahkan bagi cuti pentadbira­n sehingga siasatan tamat, yang menurut ALEA sebagai berterusan sehingga kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia