Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuh bersiri Kanada hadapi perbicaraa­n pada 2020

-

TORONTO: Seorang pembunuh bersiri Kanada akan dihadapkan dalam perbicaraa­n pada 6 Januari, 2020 bagi pembunuhan yang dirancangk­an terhadap lapan lelaki yang mempunyai hubungan dengan perkampung­an gay di Toronto, seorang hakim mengarahka­n kelmarin.

Bruce McArthur, seorang pereka landskap kerja sendiri berusia 67 tahun, telah didakwa pada awal tahun ini selepas dicurigai dalam satu siasatan mengenai orang yang hilang.

Anggota badan tujuh orang daripada mangsa telah ditemui disembunyi­kan di dalam pasu tanaman yang besar yang disimpan oleh McArthur di rumah seorang pelanggan di pusat Toronto.

Mayat seorang mangsa kelapan kemudian ditemui di sebuah gaung di belakang kawasan tersebut.

Sarjan Detektif Hank Idsinga, penyiasat utama, menyatakan siasatan forensik mengenai pembunuhan adalah yang terbesar pernah berlaku di Toronto.

Penggalian atau pencarian telah dilakukan di lebih dari 75 kawasan hartanah di Toronto di mana McArthur telah melakukan kerja-kerja landskap.

Pihak polis turut melihat pada 15 kes dingin bertarikh sejak 1975 bagi kemungkina­n kaitan dengan tertuduh, sebelum Idsinga memutuskan ia sebagai kemungkina­n lebih ramai mangsa akan ditemui.

Mangsa di dalam kes merupakan bekas kekasih McArthur, dua pendatang Afghan, dua pelarian dari Sri Lanka dan seorang lagi dari Iran, seorang rakyat Turki dan seorang pekerja seks gelandanga­n.

Semua mereka telah hilang dari tahun 2010 hingga 2017. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia