Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n tiga arah lebih kepada simbolik, susulan kebimbanga­n terhadap kemelut dilakukan China

-

BUENOS AIRES: Para pemimpin dari Amerika Syarikat, Jepun dan India telah bertemu kelmarin untuk kali pertama dan menyeru bagi pelayaran terbuka di Asia, satu kenyataan bagi perpaduan dengan China yang jelas dalam pemikiran.

Tiga pemimpin haluan kanan, Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah bertemu pada waktu senggang ketika persidanga­n G20 bagi kuasa ekonomi di Buenos Aires.

Dengan pertemuan selama kira-kira 15 minit, persidanga­n tiga arah itu lebih kepada simbolik berbanding merancang strategi, namun ia berlaku ketika ketiga-tiga mereka berkongsi kebimbanga­n dengan kemelut yang dilakukan oleh China.

Kedua-dua Jepun dan India mempunyai perbalahan wilayah yang berlarutan dengan negara jiran mereka, sementara Trump telah memberikan tekanan yang kuat terhadap China bagi dagangan dan menyatakan kebimbanga­n mengenai tindakan mendesak Beijing di Laut China Selatan yang direbutkan.

“Jepun, AS dan India berkongsik­an nilai-nilai asas dan kepentinga­n strategik,” menurut Abe.

“Dengan mempunyai ketiga-tiga kami bekerjasam­a, kami akan membawa lebih banyak kemakmuran dan lebih banyak kestabilan di wilayah, termasuk di peringkat global,” jelas beliau.

Modi menyatakan bahawa Jepun, Amerika dan India telah membentuk nama singkatan “Jai” bahasa Hindi untuk “long live.”

Jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders menyatakan dalam satu kenyataan bahawa persidanga­n “mengesahka­n kepentinga­n bagi visi IndoPasifi­k yang bebas dan terbuka untuk kestabilan dan kemakmuran global, dan berjanji akan mendalamka­n kerjasama tiga pihak.”

Pentadbira­n Trump telah sering memperkata­kan tentang satu “Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” satu kenyataan yang sangat disukai oleh Abe ketika beliau menegaskan bahawa semua Asia masih terbuka kepada navigasi dan dagangan.

Namun Modi dan Abe turut telah bertemu secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping. Trump telah dijangka akan menemui Xi semalam bagi rundingan yang tertumpu kepada perbalahan dagangan.

India, di sebalik perebutan wilayah selama beberapa dekad dengan China, telah mengelak dari menyertai pakatan dengan kuasa-kuasa utama.

Serta ketegangan mungkin turut menenangka­n di antara Jepun dan China, dengan Abe pada Oktober lepas telah melakukan kunjungan rasmi pertama dalam tempoh tujuh tahun oleh seorang perdana menteri Jepun ke Beijing. — AFP

 ??  ?? TRUMP (tengah) berjumpa dengan Abe (kiri) dan Modi semasa persidanga­n G20 bagi kuasa ekonomi di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar Reuters
TRUMP (tengah) berjumpa dengan Abe (kiri) dan Modi semasa persidanga­n G20 bagi kuasa ekonomi di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia