Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat penghinaan anti-Semitik dilukis di luar pejabat profesor

-

NEW YORK: Kelmarin polis New York telah menyiasat lakaran kata-kata penghinaan anti-Semitik dan swastika yang dilukis di luar pejabat seorang profesor yang menyelidik Holocaust di Universiti Columbia.

Grafiti besar dan berwarna merah terang telah dirakamkan oleh akhbar kolej Columbia Daily Spectator, mengenal pasti sasaran sebagai Elizabeth Midlarsky, seorang profesor untuk psikologi dan pendidikan.

Midlarsky menemui grafiti pada Rabu lepas di Teachers College, sebuah sekolah pengajian bagi pendidikan, kesihatan dan psikologi di salah satu beberapa buah universiti berprestij di Amerika.

“Saya berasa sangat terkejut,”beliau dipetik sebagai berkata oleh Daily Spectator. “Saya telah berhenti sekejap, kerana saya tidak mempercaya­i apa yang saya sedang lihat.”

Polis New York menyatakan insiden itu sedang disiasat oleh pasukan petugas jenayah kebencian. “Terdapat tiada suspek pada masa sekarang,” menurut seorang jurucakap.

“Kami berasa marah dan takut dengan tindakan penceroboh­an ini serta penggunaan simbol anti-Semitik keji ini terhadap seorang anggota disegani dalam komuniti kami,” kata presiden Teachers College, Thomas Bailey.

“Kami sedang bekerjasam­a dengan polis bagi mencari pelaku tindakan yang sangat dibenci ini. Saya juga ingin menegaskan tentang komitmen College dan saya sendiri untuk memberikan satu persekitar­an yang saling menghormat­i dan diterima terhadap semua.”

Pihak universiti menggalakk­an pelajar Yahudi dan mereka yang lain mungkin berasa tergugat untuk mendapatka­n perkhidmat­an kaunseling, kesihatan mental dan paderi.

Amerika Syarikat telah melihat satu peningkata­n mendadak bagi insiden antiSemiti­k sejak beberapa tahun ini, di mana beberapa orang telah mengaitkan dengan pilihan raya bagi Presiden Donald Trump dan retorik beliau yang berbeza.

Pada 27 Oktober, seorang penyerang bersenjata menyerang Tree of Life Synagogue di Pittsburgh, membunuh 11 orang penganutny­a dan dikatakan memberitah­u polis dia “mahu semua Yahudi mati.”

Pada 1 November, grafiti anti-Semitik ditemui di dalam sebuah saumaah Brooklyn memaksa bagi pembatalan satu acara oleh aktres Ilana Glazer, yang dijangka akan menemu bual calon negeri New York yang bertanding dalam pilihan raya pertengaha­n penggal.

Pada Februari, Anti-Defamation League, yang menentang fahaman anti-Semitik dan diskrimina­si, melaporkan satu lonjakan sebanyak 57 peratus bagi jumlah insiden anti-Semitik pada 2017, peningkata­n paling pesat sejak 1970-an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia