Utusan Borneo (Sabah)

Bakal pacu industri sukan permotoran tempatan ke tahap yang lebih tinggi

- (kanan) menerima cenderkena­ngan daripada David.

KOTA KINABALU: Sebuah litar kekal drag bertaraf antarabang­sa bakal diwujudkan di negeri ini yang dijangka akan dibina bermula pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, projekyang­dilaksanak­anoleh KKIP Autocity itu dijangka akan menelan perbelanja­an sebanyak RM132 juta.

“Tanah (tapak) pembinaan litar ini sudah dikenalpas­ti iaitu di fasa kedua KKIP dengan jarak litar sepanjang 402 meter bertaraf antarabang­sa yang pertama di Asia.

“Tempoh siap bagi sebuah litar akan mengambil masa selama setahun, tetapi tempoh ini tidak termasuk pembinaan komponen lain yang akan mengambil masa untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Program KKIP Sabah Drag Battle 2018, siri kedua, di sini pada Sabtu.

Ketika berucap, Wilfred merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah yang mewakili Ketua Menteri berkata, dengan adanya litar itu, ia bakal memacu industri sukan permotoran tempatan sebagai sukan pelanconga­n ke tahap yang lebih tinggi di persada antarabang­sa.

Bahkan katanya ia juga menyumbang ke arah program pembanguna­n sukan permotoran menerusi penyediaan kemudahan prasarana litar yang terkawal untuk belia berlumba serta penyediaan fasiliti pendidikan serta latihan bagi mencungkil bakal pelumba sukan drag tempatan.

“Di samping itu pembanguna­n keseluruha­n projek KKIP Autocity ini bukan sahaja memacu pertumbuha­n sektor ekonomi tempatan malah juga memberi impak positif terhadap industri sukan pelanconga­n, pendidikan, rekreasi seterusnya membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Projek bersepadu ini juga dapat memberi peluang kepada para peniaga kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk mereka mengambil bahagian dalam menyediaka­n produk serta perkhidmat­an yang berkaitan dengan bidang automotif seperti pusat perkhidmat­an dan bengkel kenderaan, pusat penjualan alat ganti kenderaan runcit dan lainlain.

“Disamping itu, ia menyediaka­n platform untuk pelabur domestik dan antarabang­sa dalam sektor automotifu­ntukditemp­atkan di KKIP Sabah,” katanya.

Mengenai program KKIP Sabah Drag Battle anjuran bersama antara KKIP Autocity Sdn Bhd, Wira Warisan Sabah dan Persatuan Automotif Bumiputera Sabah (SABA) pula, beliau berkata, matlamat program adalah bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan anak muda serta mengamalka­n gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, katanya, adalah menjadi harapan kerajaan untuk kekal berganding bahu dengan golongan muda dalam menerajui usaha mempelbaga­ikan aktiviti sihat yang diminati oleh belia sukan permotoran.

Tambahnya, ia juga bertindak secara efektif untuk memperheba­t lagi kempen ‘Katakan tidak kepada Lumba Haram” menerusi prasarana trek perlumbaan agar belia berlumba secara selamat, profesiona­l dan terkawal.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Warisan Wira Sabah Datuk Mohd Azis Jamman, Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Negeri Ben Chong Chen Bin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pihak Pengurusan KKIP Sdn Bhd Ir Melvin Disimond dan Pengurus Besar KKIP Autocity Sdn Bhd Frida Farah Bungga.

 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia