Utusan Borneo (Sabah)

Sabah juara karate Inter-Dojo PDRM

-

KOTA KINABALU: Kelab Karate Anak-Anak Polis Kontinjen Sabah melakar sejarah muncul juara keseluruha­n Kejohanan Karate Inter-Dojo PDRM 2018 di Kompleks Sukan Setiawangs­a, Kuala Lumpur pada 26-27 November lalu.

Kejohanan selama dua hari itu menyaksika­n Sabah merangkul lima pingat emas, dua perak dan satu gangsa untuk menafikan cabaran lapan pasukan lain.

Pingatemas­dimenangiA­mber Ann Ashley Ambrose dalam acara kata individu perempuan 6-7 tahun, Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi (kumite perempuan 8-9 tahun), Nur Radhiah Fathiah Razmi (kumite perempuan 1011 tahun), Syasya Nursyahida­h Ali Husin (kumite perempuan 12-13 tahun) dan Muhammad Rafiuddin Faiz Razmi (kumite lelaki 14-15 tahun).

Pingat perak dimenangi Nurdammia Majnun Mohamad Radzie (kumite perempuan 8-9 tahun) dan Ivery Jane Maria Ivo (kumite perempuan 13-14 tahun) manakala pingat gangsa dimenangi Norshahliz­a Irwan (kumite perempuan 10-11 tahun).

Kepulangan mereka mendapat sambutan wira di Lapangan Terbang Antarabang­sa Koa Kinabalu (LTAKK) pada Khamis lalu.

Menyambut ketibaan mereka adalah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass, ketua-ketua jabatan, bahagian, formasi dan pengelola karate kontinjen Sabah SUPT Mohd Zaidi Abdullah serta ibu bapa.

Ketibaan mereka juga disambut dengan bacaan doa selamat dan pulut kuning.

Zaini mengucapka­n syabas atas kejayaan Kelab Karate Anak-Anak Polis Sabah itu.

 ??  ?? KELAB Karate Anak-Anak Polis Kontinjen Sabah mendapat sambutan wira di LTAKK, Khamis lalu. Sambutan diketuai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass (baju petak di tengah).
KELAB Karate Anak-Anak Polis Kontinjen Sabah mendapat sambutan wira di LTAKK, Khamis lalu. Sambutan diketuai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass (baju petak di tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia