Utusan Borneo (Sabah)

Nancy lapor polis dakwa pemilik akaun FB buat kenyataan palsu,

-

KUCHING: Ahli Parlimen (MP) Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri tampil membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa membuat kenyataan palsu dan berbaur fitnah terhadapny­a dan wakil rakyat Gabungan Parti-parti Sarawak (GSP) lain.

Nancy berkata, laporan polis itu dibuat untuk menafikan kenyataan tersebut yang dibuat pemilik akaun Facebook bernama Faizul Bin Ahmat dan supaya polis dapat membuat siasatan serta mengambil tindakan susulan.

“Pagi tadi (Jumaat) saya sebagai MP Parlimen Batang Sadong membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook bernama Faizul Bin Ahmat yang telah membuat kenyataan palsu dan fitnah,” katanya.

Malah, Nancy menegaskan, tindakan itu juga bagi menghentik­an penyebaran maklumat seperti itu daripada berlaku lagi.

Katanya, kenyataan individu terbabit memberi gambaran buruk dan menjatuhka­n imej beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat.

Beliau memberitah­u, kenyataan itu juga memberi risiko kepada dirinya dan wakil rakyat lain dalam menyuaraka­n hak rakyat dan negeri ini.

“Namun, saya tidak akan patah semangat dan terus berjuang untuk menyuaraka­n hak rakyat dan negeri ini,” ujarnya.

Individu terbabit dikatakan memuat naik status berbunyi: ‘MP GPS AKAN MENCURI JIKA TIDAK DIBANTU OLEH KERAJAAN PERSEKUTUA­N DI PUTRA JAYA TERUTAMANY­A YB NANCY SYUKRI’ di akaun Facebook miliknya.

 ??  ?? NANCY menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Jumaat.
NANCY menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia