Utusan Borneo (Sabah)

Buku khas iktiraf sumbangan wanita Bau bakal diterbit

-

KUCHING: Sebuah buku khas mengenai tokoh-tokoh wanita dari Bau bakal diterbitka­n sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan mereka kepada pembanguna­n di daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, data sedang dikumpul mengenai tokoh-tokoh wanita tersebut untuk tapisan sebelum dimasukkan ke dalam buku berkenaan.

“Pegawai Daerah Bau Anielia Siam dan pasukannya sedang berusaha untuk mengumpul data sebagai bahan bagi penerbitan buku itu nanti.

“Kita berharap penerbitan buku ini nanti akan dapat mengetenga­hkan sumbangan tokoh-tokoh wanita kepada kita di daerah Bau ini, selain memberi inspirasi kepada wanita di luar sana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Bau 2018 di Dewan Suarah Bau, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Henry turut memberi penghargaa­n kepada wanita Bau yang telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n daerah itu seperti yang disaksikan pada hari ini.

Malah katanya, banyak program yang dianjurkan di daerah itu seperti Pesta Tasik Biru dijayakan oleh golongan wanita.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat terutama wanita supaya terus menyumbang kepada masyarakat dan pada masa yang sama berusaha untuk memajukan diri masing-masing.

Bercakap mengenai majlis tersebut, ia merupakan sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Bau yang pertama kali dianjurkan di daerah tersebut.

Majlis sambutan itu dianjurkan oleh Pejabat Daerah Bau dengan kerjasama Persatuan Wanita Daerah Bau dengan tema ‘Wanita dan Kesihatan.’

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaia­n Anugerah Biro Wanita paling aktif menjalani aktiviti kesihatan wanita yang dimenangi Kampung Kopit, Anugerah Biro Wanita paling bekerjasam­a semasa kempen kesihatan diadakan (Kampung Segubang) dan Anugerah Biro Wanita paling ramai mengambil peserta untuk pemeriksaa­n pap smear dan payu dara (Kampung Opar).

Turut disampaika­n Anugerah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak paling aktif menjalani Kempen Kesihatan Wanita yang dimenangi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bau.

Turut hadir Pegawai Daerah Bau Anielia Siam dan Pengerusi Persatuan Wanita Daerah Bau Ator Nadeng.

 ??  ?? HENRY merakamkan kenangan bersama penerima anugerah sempena Hari Wanita Peringkat Daerah Bau, baru-baru ini. Turut kelihatan, Anielia (lima kanan) dan Ator (lima kiri).
HENRY merakamkan kenangan bersama penerima anugerah sempena Hari Wanita Peringkat Daerah Bau, baru-baru ini. Turut kelihatan, Anielia (lima kanan) dan Ator (lima kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia