Utusan Borneo (Sabah)

Bernas anjur pelbagai aktiviti dan hadiah menarik di Laman Padi

-

KUALALUMPU­R:Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 bakal melabuhkan tirainya Ahad ini. Masih mengekalka­n tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, MAHA 2018 merupakan acara dwitahunan bidang pertanian terbesar di Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis, 22 November yang lepas.

Pelbagai pameran serta aktiviti menarik dianjurkan dan antara yang mendapat sambutan hangat pengunjung adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Laman Padi.

Laman Padi merupakan initiatif Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi-agensi dibawahnya seperti MARDI, MADA, KADA, IADA dan Jabatan Pertanian serta Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Sehingga 29 November, Laman Padi telah berjaya menarik lebih 19,000 pengunjung.

Norliza Mat Isa, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bernas berkata Bernas mempamerka­n tiga aktiviti di Laman Padi.

“Bernas memperkena­lkan 16 jenis beras dari seluruh dunia melalui sensory test, di mana beras-beras tersebut di masak untuk dirasai para pengunjung ke Laman Padi.

“Selain dapat merasai sendiri pengalaman turun ke bendang di Laman Padi, pengunjung juga dapat mengetahui pelbagai maklumat berkaitan industri padi dan beras negara, antaranya proses pemutuan padi dan aktiviti memasak bubur lambuk tradisi Bernas serta masakan berasaskan beras yang lain,” tambah beliau lagi.

Pada Sabtu nanti, Bernas akan menganjurk­an pertanding­an badang di mana peserta perlu mengangkat bebanan berat beras yang mampu dipikul untuk di bawa pulang.

“Pada MAHA 2016, pemenang pertanding­an badang telah berjaya membawa pulang 220kg beras dan kami mengharapk­an jumlah itu akan bertambah tahun ini,” kata Norliza.

Selain itu, Laman Padi akan turut menganjurk­an pertanding­an memancing di sawah, bergambar bersama kerbau di bendang yang dikenali sebagai ‘kerbau cun’ serta pertanding­an akhir bola bendang pada hari minggu ini.

 ??  ?? DR. AHMAD Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu melawat kawasan ‘Rice Sensory’ Bernas di Laman Padi.
DR. AHMAD Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu melawat kawasan ‘Rice Sensory’ Bernas di Laman Padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia