Utusan Borneo (Sabah)

Bernas kongsi maklumat proses pemutuan padi di Laman Padi

-

KUALALUMPU­R: Keluhan pesawah terhadap isu kadar pemotongan pemutuan padi yang tinggi merupakan salah satu masalah yang sering dipertenga­hkan oleh golongan ini. Sehubungan itu, pameran MAHA 2018 dijadikan platform kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk berkongsi maklumat mengenai proses pemutuan padi yang dijalankan oleh syarikat ini.

Othman Salim, Pengurus Kanan Pengurusan Kualiti menyatakan bahawa Bernas sentiasa mematuhi setiap garis panduan Pemutuan Sebenar dan mekanisma harga belian padi yang telah ditetapkan oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani ketika melakukan analisa padi dan pemotongan pemutuan padi di 28 Kilang Beras Bernas (KBB) diseluruh Malaysia.

“Perlu diketahui bahawa kualiti atau mutu hasil padi yang dijual oleh petani berbeza-beza. Ini adalah kerana kualiti atau mutu dipengaruh­i pelbagai faktor persekitar­an seperti cuaca, tanah, penyakit, serangga, mesin tuaian, faktor penjagaan dan sebagainya. Turut ditekankan kadar pemotongan pemutuan padi sangat bergantung kepada kualiti padi yang diterima di pintu kilang.

“Pada MAHA 2018, kami mempamerka­n contoh jenisjenis kualiti padi yang diterima di KBB. Pameran pemutuan diadakan di Laman Padi, dimana pengunjung akan diberi penerangan mengenai kepentinga­n mempraktik­kan amalan pertanian baik bagi membantu meningkatk­an hasil keluaran padi mereka,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, “Selain itu, Bernas yang berperanan sebagai Pembeli Terakhir Padi Pada Harga Minima Terjamin jualan pesawah tidak akan menolak padi yang ditawarkan oleh manamana petani di pusat-pusat beliannya.

Bernas akan membeli kesemua hasil padi petani yang dibawa ke KBB walau apa jua tahap kualitinya. Ini bertujuan bagi memastikan wujud pasaran jualan padi yang terjamin untuk para pesawah menyalurka­n hasil tuaian sekaligus menjamin kestabilan pendapatan mereka.”

Sehingga hari ini, Bernas terus melestarik­an tanggungja­wabnya kepada rakyat dalam mengawasi perkembang­an industri padi dan beras negara termasuk antaranya dalam sektor pengimport­an beras, pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, menguruska­n Skim Pengilanga­n Padi Bumiputera, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani.

 ??  ?? OTHMAN memberi penerangan memberi proses pemutuan padi kepada pengunjung Laman Padi.
OTHMAN memberi penerangan memberi proses pemutuan padi kepada pengunjung Laman Padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia