Utusan Borneo (Sabah)

New World Mart di Moyan Square adakan Hari Ahli Istimewa

-

KUCHING: Pasar raya New World Mart yang terletak di Moyan Square dekat sini mengadakan jualan Hari Ahli Istimewa untuk ahli serta pelanggan setia sempena ulang tahun ke-11.

Jualan istimewa ini berlangsun­g selama tiga hari bermula 30 November lepas hingga hari ini, 2 Disember bermula dari jam 9.30 pagi hingga 10 malam.

Menurut jurucakap New World Mart, pelbagai tawaran menarik disediakan untuk ahli dan pelanggan sepanjang tiga hari ini.

Antaranya, hadiah percuma untuk 111 pelanggan pertama sepanjang jualan tiga hari iaitu baucar tunai RM5.00 atau pen mata bulat edisi terhad tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, pihak pengurusan pasar raya turut mengadakan bidaan barangan elektrik dan perkakasan rumah bermula dengan nilai bidaan RM5.00.

Bidaan bermula pada jam 5.30 petang dan 8.30 malam pada hari Jumaat lepas, diikuti pada jam 12.30 tengah hari, 5.30 petang dan 8.30 malam pada hari Sabtu dan dua lagi bidaan pada hari ini iaitu pada jam 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Turut ditawarkan ialah baucar tunai percuma RM11 bagi setiap pembelian RM300 dan ke atas dalam resit tunggal tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi mereka yang bukan ahli, pengurusan pasar raya turut menawarkan baucar tunai RM5.00 untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli dengan yuran RM10.

Jualan istimewa ini turut menawarkan pelbagai jenis produk dan barangan pada harga rendah meliputi makanan, pakaian termasuk cadar tilam dan bantal.

Pelangganj­ugaberpelu­ang untuk memenangi hadiah menarik dengan menjawab soalan dari kotak misteri serta tebusan 60 mata kad ahli dengan baucar tunai RM10 pada bila-bila masa.

 ??  ?? PELBAGAI produk dan barangan dijual pada harga rendah istimewa untuk ahli dan pelanggan sempena ulang tahun ke-11 New World Mart di Moyan Square.
PELBAGAI produk dan barangan dijual pada harga rendah istimewa untuk ahli dan pelanggan sempena ulang tahun ke-11 New World Mart di Moyan Square.
 ??  ?? KUNJUNGI New World Mart di Moyan Square sempena jualan Hari Ahli sehingga hari ini, 2 Disember 2018.
KUNJUNGI New World Mart di Moyan Square sempena jualan Hari Ahli sehingga hari ini, 2 Disember 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia