Utusan Borneo (Sabah)

ASNB isytihar agihan pendapatan 4.75 sen untuk ASN Imbang 1

-

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) kelmarin mengumumka­n, lebih 46,000 pemegangun­itAmanahSa­ham Nasional Imbang 1 (ASN Imbang 1) akan menerima agihan pendapatan 4.75 sen seunit, jumlah pengagihan sebanyak RM61.8 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2018.

Ini juga adalah hasil dividen tahun kewangan setakat ini sebanyak 5.01 peratus.

Setakat 31 Oktober 2018, ASN Imbang 1 mencatatka­n pendapatan bersih tenyata sebanyak RM62.70 juta untuk 11 bulan pertama tahun kewanganny­a, kata PNB.

“Walaupun pasaran terus berada dalam keadaan mencabar, PNB berjaya menjana pulangan dividen yang kompetitif kepada pemegang unit ASN Imbang 1. Kami komited untuk melaksanak­an strategi yang diperlukan untuk meningkatk­an prestasi dan menjana pulangan yang mampan dalam usaha kami memenuhi mandat untuk menjana kekayaan kepada pemegang unit kami,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz dalam satu kenyataan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN Imbang 1 adalah berdasarka­n unit yang dipegang dan Nilai Aset Bersihnya setakat 30 November 2018.

Pengagihan yang diisytihar­kan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan akan dikreditka­n secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2018.

Semua urus niaga ASN Imbang 1 ditangguhk­an mulai 30 November 2018 hingga 1 Disember 2018 untuk pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui portal ASNB, myasnb.com. my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Disember 2018.

ASN Imbang 1 adalah dana di bawah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah dimiliki sepenuhnya oleh PNB.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia