Utusan Borneo (Sabah)

FGV beku pengambila­n pekerja baharu daripada kontraktor luar

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd membekukan semua pengambila­n pekerja baharu daripada kontraktor luar bagi semua operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Katanya pembekuan itu hanya akan ditarik baIik apabila syarikat itu berpuas hati tanpa sangsi bahawa kontraktor mematuhi sepenuhnya semua dasar luar, garis panduan dan prosedur operasi standard FGV.

“FGV juga akan menyemak semula berkuat kuasa serta-merta, manfaat yang dinikmati oleh pekerja ladangnya dan akan menyerap kos keperluan asas, termasuk bekalan makanan diberikan kepada pekerjanya.

“Kebajikan pekerja kami amat penting dan menjadi keutamaan FGV dan juga diri saya secara peribadi,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Interimnya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dalam kenyataan kelmarin.

Beliau mengulas dapatan Panel Aduan (CP) Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang menunjukka­n FGV perlu menambah baik proses pengambila­n dan penggajian pekerja.

Badan persijilan minyak sawit dunia itu menyatakan FGV didakwa terbabit dalam buruh paksa dan amalan tidak beretika yang melanggar undang-undang buruh Malaysia dan antarabang­sa.

Azhar berkata kakitangan FGV merupakan tulang belakang syarikat dan sumbangan mereka tidak ternilai.

“Kami mesti dan akan melayani pekerja kami secara adil dan saksama, tanpa mengira kewarganeg­araan mereka,” katanya.

Beliau juga berkata untuk mengelakka­n perpindaha­n pekerja sedia ada yang sudah dikontrakk­an kepada FGV menerusi pihak ketiga, syarikat berjanji akan berunding dengan pihak berkepenti­ngan relevan untuk secara langsung menggaji pekerja ini seboleh mungkin dan rundingan itu akan melibatkan majikan pekerja ketika ini dan kerajaan Malaysia.

“Kebajikan pekerja kontrak asing kami akan terjamin sekiranya mereka dapat diletakkan di bawah penyata gaji kami. Bagaimanap­un, FGV perlu mematuhi undang-undang dan prosedur, tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik”.

Menurutnya, syarikat itu akan mengambil langkah segera untuk menangani semua isu dibangkitk­an oleh CP RSPO secepat mungkin.

“RSPO ialah pihak berkepenti­ngan amat penting dan FGV komited untuk mematuhi sepenuhnya prinsip dan kriteriany­a. Kami sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab, dibina atas warisan pembanguna­n mampan, yang telah membantu meningkatk­an ekonomi dan mobiliti sosial beriburibu pekebun kecil.

“FGV sedang menyemak semula dan jika perlu mengkaji semula, semua bahan komunikasi dan program latihan bagi pekerja, terutamany­a dari segi terma penggajian mereka, perlindung­an ke atas pemberi maklumat dan prosedur kesihatan & keselamata­n. FGV juga akan berbincang dengan pihak ketiga yang bebas untuk melatih pekerja mengenai dasar hak asasi manusia,” katanya.

Berhubung dapatan bahawa syarikat melakukan penyumbera­n luar pekerja asingnya kepada kontraktor luar, katanya FGV telah memulakan penyiasata­n terhadap perkara itu.

“Seperti dinyatakan oleh CP RSPO, amalan seumpama itu adalah salah di sisi undang-undang dan FGV memandang serius dapatan ini,” katanya dan menurutnya ia akan memberi respons secara terus kepada CP RSPO dan komited memberikan laporan terkini yang akan disiarkan dalam laman webnya.

Azhar juga mengambil perhatian bahawa FGV pada akhir 2017 telah memberikan komitmen RM300 juta untuk menambah baik kemudahan perumahan bagi pekerja ladangnya dan usaha itu sedang dilaksanak­an.

“Kami akan menyegerak­an penyiapan kerja itu, kerana rumah pekerja menjadi keutamaan FGV,” katanya.

FGV menubuhkan Pejabat Transforma­si pada Jun 2018 untuk menangani beberapa isu yang menjejaska­n prestasi operasinya.

Apabila proses penambahba­ikan yang dirancang dilaksanak­an, pekerja juga boleh mengesahka­n bayaran pampasan mereka dengan tepat, kata syarikat itu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia