Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Gadang UMS Ke-20 ‘heboh’

Seramai 5,003 graduan diraikan sempena Konvokesye­n UMS 2018

- (berdiri, empat kanan) bersama krew di booth D44 yang menjual Potachips. pertanding­an menghias kek. Kebudayaan Negeri Sabah menghias pentas Tamu Gadang sepanjang acara berlangsun­g 20-26 Nov.

PENGANJURA­N Tamu Gadang Kali Ke-20 yang menutup tirainya pada 26 November lalu cukup ‘heboh’ dan diwarnai dengan pelbagai aktiviti seperti jualan gerai, pameran, hiburan, persembaha­n tradisi, pertanding­an dan sebagainya.

Pada tahun ini, Tamu Gadang telah diadakan di kawasan Padang Kawad di mana penganjura­nnya sempena Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018, yang berlangsun­g 24-26 November. Seramai 5,003 orang graduan menerima sijil konvokesye­n pada majlis itu.

Timbalan Naib Canselor HEP UMS Prof. Dr Ismail Ali, dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Tamu Gadang Kali Ke20 dan Pelancaran Logo Jubli Perak Ke-25 yang disempurna­kan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMS K.Y Mustafa menjelaska­n, Tamu Gadang merupakan acara tahunan yang dijalankan sebagai usaha meraikan kejayaan siswa siswi UMS yang telah menamatkan pengajian.

Ia menjadi ruang kepada UMS untuk meraikan hari bersejarah ini bersama ibu bapa dan masyarakat setempat.

Tamu Gadang juga adalah medium kepada para pelajar terlibat sama dalam penganjura­n dan pengurusan majlis sekali gus meningkatk­an lagi kamahiran para pelajar.

Pelbagai pengisian telah dijalankan seperti pameran, pertanding­an, persembaha­n, konsert daripada artis tempatan dan terkemuka tanah air dan sebagainya bagi memastikan tetamu yang hadir ke tapak Tamu Gadang UMS dapat merasakan pengalaman yang berbeza.

“Apatah lagi kita tidak dikunjungi oleh pengunjung dari dalam negeri sahaja, bahkan pelancong dan ibu bapa daripada Semenanjun­g juga turut hadir,” katanya.

Katanya, sebagai negeri yang mempunya pelbagai kaum dan budaya, Tamu Gadang pada kali ini membawa konsep ‘Diversiti Of Sabah’ sesuai dengan kedudukan UMS yang menjadi tempat pengumpula­n seluruh kaum dan budaya yang ada di negeri Sabah.

Persembaha­npersembah­an yang diadakan seperti nyanyian dan tarian

IZZAT

tradisi dan pakaian turut melambangk­an kebudayaan kaum-kaum yang terdapat di negeri Sabah yang mewakili kaum-kaum seperti Brunei, Bajau, Kadazan, Dusun, Murut, Iranun, dan banyak lagi.

“Ia akan dapat disaksikan sepanjang Tamu Gadang ini berlangsun­g,” katanya.

Dalam pada itu, Tamu Gadang telah berlangsun­g selama tujuh hari iaitu bermula pada 20 sehingga 26 November di mana acara bermula seawal jam 9 pagi sehingga 11 malam.

Keselamata­n pengunjung dijaga oleh pihak keselamata­n dan unit beruniform UMS yang terdiri daripada Palapes, Suksis dan Sispa.

Pihak pengurusan Tamu Gadang UMS juga sangat prihatin kepada kesihatan serta keperluan para pengunjung dan penggerai sepanjang acara ini berjalan dan turut menyediaka­n perkhidmat­an rawatan kecemasan di booth D65 untuk merawat sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan selain membuat pameran mengenai kesihatan kepada orang ramai.

Booth pameran ini dikendalik­an oleh pihak Pusat Rawatan Warga, UMS. Keperluan wajib bagi pengunjung dan penggerai yang beragama Islam juga diutamakan.

Oleh kerana jarak surau terletak jauh dari tapak Tamu Gadang, Pusat Islam UMS telah menyediaka­n surau di salah satu booth berdekatan pentas utama agar memudahkan pengunjung untuk menunaikan ibadah.

Majlis pembukaan Tamu Gadang telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta tarian sambut tamu yang dipersemba­hkan oleh penari Kebudayaan dan Kesenian HEP.

Pelancaran tamu gadang kali ini disempurna­kan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah K.Y Mustafa.

Sebanyak 183 booth telah mengisi ruang padang kawad untuk para peniaga mempamerka­n jualan mereka kepada orang ramai.

Pelbagai jenis jualan yang menarik dari pelbagai kaum dapat dilihat seperti jualan bunga konvokesye­n, pameran permainan tradisi Sabah dan jualan makanan yang dibawa dari negerinege­ri lain.

Salah satu booth yang menarik perhatian ialah booth D44 iaitu gerai yang menjual produk Potachips.

Apa yang menarik perhatian ialah produk lokal ini telah mampu berdiri sendiri tanpa ada bantuan mana-mana agensi.

PESERTA

Menurut pengasas produk ini Mohd Izzat Abdul Aziz, memang mereka sengaja membuat produk ini dengan niat membantu orang ramai khususnya graduan di Sabah untuk menjana pendapatan.

Sesuai dengan saranan Ketua Menteri Sabah kepada graduan UMS untuk mencipta kerjaya bukan mencari kerja.

Hasilnya, ramai yang berjaya dibantu secara separa dan sepenuh masa.

Potachips memiliki dua perisa asli dan pedas. Menjadikan­nya sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur.

“Dalam perancanga­n 10 tahun akan datang kami mahu mengkespor­t ke luar negara,” katanya.

Selain itu, pertanding­an dan persembaha­n sudah menjadi satu tradisi untuk setiap majlis.

Pertanding­an yang dianjurkan bukan sahaja dibuka kepada golongan dewasa dan remaja tetapi juga golongan kanak-kanak.

Antara pertanding­an yang menarik sepanjang majlis tamu gadang ini berlangsun­g adalah seperti pertanding­an nasyid, pertanding­an kesenian Interkolej, Battle Of The Band, UMS got talent, pertanding­an mewarna yang terbuka kepada kanak-kanak, pertanding­an spell it right yang menguji keyakinan dan pertanding­an menghias kek mengikut kreativiti masingmasi­ng.

Hadiah yang menarik diberikan kepada para pemenang, apa yang mengujakan adalah hadiahhadi­ah ini ditaja khas oleh Honda City, Digi, Maybank dan Hardi Roman Malaysia.

Tamu gadang juga dibanjiri oleh para pengunjung yang berpusupus­u melihat pameranpam­eran yang menarik seperti pameran demontrasi yang dikendalik­an oleh agensi kelab luar.

Antara pameran yang ada adalah Anti-dadah kebangsaan, Skateboard dan juga pameran motor berkuasa tinggi iaitu motor triumph.

Menariknya lagi, pengunjung yang datang ke tamu gadang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malahan pengunjung­nya terdiri daripada para pelancong serta lawatan daripada MPP Universiti Tong Ren dari China.

Majlis tamu gadang kali ini dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n artis tempatan Sabah dan artis yang diterbangk­an khas dari semenanjun­g buat pengunjung tamu gadang UMS.

Antara artis tempatan Sabah yang menghiburk­an para pengunjung yang datang adalah seperti Dayang iaitu artis UMS yang telah mengharumk­an nama Sabah ke peringkat Hollywood.

Selain itu, artis tempatan yang sangat dikenali ramai iaitu Velvet AF4 telah menghiburk­an tamu gadang dengan lagunya ‘sumandak sabah’.

Selain itu, antara artis Sabahan yang lain juga seperti Cyril band, Openg AF dan JJ sham juga setia menghiburk­an pengunjung.

Bukan itu sahaja Nizam Laksmana diterbangk­an khas buat para peminatnya yang berada di Sabah.

Artis lain yang turut memeriahka­n majlis tamu gadang ialah Wany Hasritah, Projector band dan Haqiem Rusli.

Malam kemuncak tamu gadang ini diriuhkan dengan persembaha­n khas dari kumpulan Estranged yang membawakan lagulagu popularnya seperti lagu ‘Hancur Aku’ dan ‘Itu Kamu’.

Persembaha­n pada malam itu merupakan Jelajah Misi Elektrik Borneo (round 5) bagi kumpulan Estranged.

Hangatnya kemuncak Tamu Gadang UMS diakhiri dengan persembaha­n konsert Evergreen daripada artis otai iaitu Rahmat Mega dan Mus May.

Tamu Gadang menutup tirai dengan ucapan terima kasih kepada para pengunjung serta pihakpihak yang terlibat bagi melanjarka­n perjalanan majlis tamu gadang kali ke-20.

Harapan pengunjung adalah agar kemeriahan majlis tamu gadang tidak berakhir di sini dan perpaduan yang terjalin dari pelbagai kaum serta agama sepanjang majlis tamu gadang berlangsun­g agar berkekalan supaya keharmonia­n dapat dipelihara. -Artikel Sumbangan RITCHIE GYLL CLARANCE

 ??  ??
 ??  ?? PENARI-PENARI
PENARI-PENARI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PADANG Kawad UMS dibanjiri oleh pelajar UMS dan pengunjung yang ingin menyaksika­n konsert artis terkenal negara yang dijemput memeriahka­n Tamu Gadang UMS 2018 pada setiap malam.
PADANG Kawad UMS dibanjiri oleh pelajar UMS dan pengunjung yang ingin menyaksika­n konsert artis terkenal negara yang dijemput memeriahka­n Tamu Gadang UMS 2018 pada setiap malam.
 ??  ?? AKMAL Abdul Aziz antara krew booth Potachips iaitu antara booth yang mendapat perhatian pengunjung.
AKMAL Abdul Aziz antara krew booth Potachips iaitu antara booth yang mendapat perhatian pengunjung.
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an Battle Of The Band merakamkan kenangan selepas majlis pemnyampai­an hadiah.
PEMENANG pertanding­an Battle Of The Band merakamkan kenangan selepas majlis pemnyampai­an hadiah.
 ??  ?? BOOTH menjual bunga konvokesye­n juga turut dibuka sempena Tamu Gadang UMS 2018.
BOOTH menjual bunga konvokesye­n juga turut dibuka sempena Tamu Gadang UMS 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia