Utusan Borneo (Sabah)

Bekas polis AS didakwa membunuh, dalam kes salah masuk apartmen

-

CHICAGO: Sekumpulan juri agung Texas telah menjatuhka­n satu pendakwaan membunuh kelmarin terhadap bekas anggota polis yang telah menembak mati seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata di dalam pangsapuri­nya, yang menurut dia sebagai tersilap anggap sebagai pangsapuri­nya sendiri.

Anggota polis Dallas Amber Guyger memberitah­u pihak penyiasat dia telah tersilap berjalan masuk ke dalam pangsapuri Botham Shem Jean berusia 26 tahun, satu tingkat di atas rumahnya, ketika dia pulang ke rumah selepas bekerja pada petang 6 September.

Dia melepaskan dua das tembakan selepas melihat satu bayangan seseorang yang tidak memberikan respons kepada arahan secara verbal, menurut pihak polis.

Wanita berusia 30 tahun itu pada mulanya telah didakwa dengan pembunuhan dan kemudian dipecat dari pasukan polis. Pihak berkuasa menyatakan lebih banyak dakwaan adalah mungkin dilakukan selepas satu siasatan telah diselesaik­an.

Juri agung telah mengembali­kan satu tuduhan pembunuhan peringkat pertama, yang boleh dijatuhkan hukuman di bawah undangunda­ng Texas penjara seumur hidup.

Pendakwa Raya Daerah Dallas County Faith Johnson menyatakan di bawah undang-undang Texas, satu tuduhan pembunuhan melibatkan satu tindakan dengan niat di mana satu tuduhan membunuh disediakan bagi sikap cuai yang membawa kepada kematian.

“Kami memikirkan bahawa ia sebagai pembunuhan selama ini,” Johnson memberitah­u satu sidang media ketika menolak untuk menjelaska­n mengenai bukti.

Beliau menyatakan satu perbicaraa­n kemungkina­n mengambil masa sekurangku­rangnya setahun.

Guyger telah menyerah dirinya dan dibebaskan dengan bon.

Ahli keluarga Jean, seorang pendatang dari negara Saint Lucia di Caribbean datang ke Dallas selepas kejadian tembakan dan sering kali menuntut supaya Guyger diarahkan bertanggun­gjawab.

Peguam keluarga Lee Merritt memberitah­u satu sidang media bahawa tuduhan membunuh merupakan satu contoh yang jarang berlaku bagi seorang anggota polis AS yang didakwa dengan membunuh bagi keganasan terhadap seorang lelaki kulit hitam.

“Ini adalah satu sejarah. Namun ia juga satu permulaan,” menurut Merritt.

“Kami masih menyedari bahawa kami masih mempunyai satu perjalanan jauh yang perlu dilalui.”

Keluarga Jean berdiri di sisi Merritt memakai pin yang mempunyai gambar Botham dan baju-T mempunyai tulisan “Be Like Bo” – satu nama gelaran untuk Botham.

Ibu Jean, Allison menyatakan seluruh negaranya “telah bersedia dengan jangkaan bahawa juri agung mungkin akan mengembali­kan dengan satu pertuduhan untuk pembunuhan.”

“Saya tidak sabar untuk peringkat seterusnya, yang mana satu pensabitan untuk membunuh terhadap Amber Guyger. Serta lebih dari satu hukuman, hukuman yang sepatutnya akan menyebabka­n dia mengingati apa yang dia telah lakukan dan kesakitan yang dia berikan.”

Jean bekerja di sebuah firma perakaunan PwC, juga dikenali sebagai Pricewater­houseCoope­rs, di Dallas. Beliau telah berhijrah dari Saint Lucia untuk memasuki sebuah kolej swasta Kristian di Amerika Syarikat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia