Utusan Borneo (Sabah)

Artis Wayang Sabah pelawa generasi muda cintai seni tari

-

SETIAP minggu, biasanya petang hari Sabtu dan Ahad, ahli-ahli Persatuan Artis Wayang Sabah berkumpul di pentas luar Wisma Budaya. Tujuannya untuk berlatih pelbagai jenis tarian, tradisi atau moden. Selain itu, ada juga yang giat berlatih teater.

Artis Wayang Sabah (Wayang) aktif sejak lapan tahun lalu. Kehadiran mereka di persada seni di Kota Kinabalu menjadi wadah bagi penggiat dan peminat seni khususnya generasi muda menggilap bakat seni mereka.

Yang Di Pertua Artis Wayang Sabah Aslie Nodin berkata, pihaknya membuka pintu keahlian seluas-luasnya kepada orang ramai khususnya belia untuk menyertai kegiatan yang diadakan.

“Baru-baru ini persatuan kita dijemput untuk mengadakan persembaha­n sempena Hari Malaysia, Hari Kemerdekaa­n dan perayaan-perayaan lain.

“Itu sebabnya, kami terus berlatih dan melatih belia dan beliawanis untuk membolehka­n mereka menguasai tarian moden dan tradisi.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang terus memberikan peluang kepada kami berlatih di Pentas Luar Wisma Budaya. Kami sangat menghargai­nya dan bertehad untuk membalas kepercayaa­n yang diberikan itu dengan melahirkan penari-penari yang berbakat dan terampil.

“Kini Artis Wayang Sabah mendapat satu lagi peluang untuk berlatih di pentas di Tingkat 4, Palm Square, Kompleks Beli Belah Centre Point. “Jika tidak ada acara atau

event yang diadakan, kami boleh menggunaka­n pentasi di tingkat 4 itu,” katanya.

Artis Wayang Sabah juga mempelawa golongan belia untuk menyertai sesi latihan itu dengan mendaftar sebagai ahli.

Kita mahu memasyarak­atkan seni budaya kita khususnya seni tari, katanya ketika ditemui dalam sesi latihan yang diadakan di Tingkat 4 Centre Point.

Sesi latihan itu dibimbing oleh Mohd Zain Mohd Said dan Rohana Amir yang memiliki jejak pengalaman yang luas dalam bidang ini.

“Melalui kelab ini, kita bimbing generasi muda agar mereka mengenal seni budaya seperti seni tari dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran yang juga Kordinator Centre Point, Dymna Michael berkata, pihaknya memang mempunyai perancanga­n jangka panjang untuk menjadikan Palm Square itu sebagai hub generasi muda.

“Tanpa disangka, saya berkenalan dengan Artis Wayang Sabah dan kemudian saya mempelawa mereka menggunaka­n pentas di tingkat 4, Palm Square jika tidak ada lain acara yang diadakan di sana.

“Kita cuba sesuatu yang lain, untuk adakan akiviti yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Lebih lanjut beliau menjelaska­n, “Ini adalah satu percubaan kita. Kita ada perancanga­n jangka panjang untuk menjadikan Palm Square sebagai hub generasi muda.Kita adakan pelbagai aktiviti bermanfaat. Kita mulakan, sedikit demi sedikit, step by

step untuk menarik generasi muda.”

Belia pasti tertarik. Daripada mereka lepaklepak, lebih baik mereka ambil peluang yang diadakan.

Jurulatih tarian, Mohd Zain Mohd Said menyatakan sambutan yang diberikan oleh generasi muda agak menggalakk­an.

Katanya, setakat ini untuk seni tari saja, ramai golongan muda yang menyatakan minat dan mengisi borang untuk menyertai persatuan.

Kebanyakan penari datangnya dari kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Petagas dan berbagai tempat lagi, katanya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa agar lebih ramai lagi generasi muda yang menceburi bidang seni tari. Jika tidak peluang, mereka boleh mengikuti Artis Wayang Sabah.

 ??  ?? AHLI Wayang giat mengadakan latihan.
AHLI Wayang giat mengadakan latihan.
 ??  ?? MOHD ZAIN
MOHD ZAIN
 ??  ?? DYMNA
DYMNA
 ??  ?? ASLIE
ASLIE
 ??  ?? AHLI-AHLI Wayang bergambar bersama YDP Anak Wayang, Aslie Nodin dan Kordinator Acara Centre Point, Dymna Michael.
AHLI-AHLI Wayang bergambar bersama YDP Anak Wayang, Aslie Nodin dan Kordinator Acara Centre Point, Dymna Michael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia