Utusan Borneo (Sabah)

Projek Persekutua­n di Sarawak akan diteruskan

-

BINTULU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek-projek Persekutua­n di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira kerajaan yang memerintah negeri ini.

Beliau berkata, bagi Kerajaan Persekutua­n, Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan pembanguna­n negeri ini adalah tanggungja­wab Putrajaya.

“Sudah tentu kami lebih suka dengan sebuah kerajaan yang mesra, dari parti yang sama dengan Kerajaan Persekutua­n (Pakatan Harapan).

“Tetapi sama ada ia kerajaan yang berbeza atau sama, projek Persekutua­n di Sarawak akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup mengenai kemajuan projek Persekutua­n di Sarawak, di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai Kerajaan Negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) menawarkan RM1 bilion untuk digunakan bagi membina semula sekolah yang uzur di negeri ini, beliau berkata ia satu pinjaman.

“Sayarasame­reka(Kerajaan Negeri) mahu pinjamkann­ya kepada kita. Tetapi Kerajaan Negeri juga berhutang wang dengan kita.

“Kita lebih setuju sekiranya mereka bayar sahaja wang yang mereka hutang dengan kita. Mereka mempunyai banyak wang dan belanjawan Sarawak adalah yang terbesar di Malaysia, RM11 bilion (tahun hadapan),” katanya.

Dr Mahathir juga berharap Kerajaan Negeri Sarawak tidak begitu mendesak berhubung royalti minyak kepada negeri ini.

Sarawak menuntut agar royalti minyak sebanyak lima peratus daripada Kerajaan Persekutua­n dinaikkan kepada 20 peratus sebagai sebahagian daripada hak istimewa negeri seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mengenai membina semula dan menaiktara­f 116 sekolah yang uzur di seluruh negeri ini melibatkan peruntukan RM443.5 juta tahun ini beliau berkata, ia mengambil masa agak panjang untuk mendapatka­n bahan pembinaan.

Setakat ini 77 buah sekolah seumpama telah siap dan 39 lagi dalam pelbagai fasa pelaksanaa­n yang menggunaka­n sistem pembinaan penindustr­ian (IBS).

Semasa sesi taklimat oleh Setiausaha Persekutua­n Sarawak, Datuk Mansor Man, Perdana Menteri juga diberitahu bahawa 597 projek fizikal berjumlah RM14 bilion diperuntuk­kan kepada negeri ini di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Dr Mahathir, yang tiba di bandar minyak dan gas ini petang semalam untuk melancarka­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, kemudian berlepas ke ibu negara dari Lapangan Terbang Bintulu.

Beliau ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? TUN Dr Mahathir memalu gong ketika melancarka­n Parti Pribumi Bersatu Sarawak, pada Sabtu.
-Gambar Bernama TUN Dr Mahathir memalu gong ketika melancarka­n Parti Pribumi Bersatu Sarawak, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia