Utusan Borneo (Sabah)

CIMB sedia formula untuk usahawan PKS ingin kembang perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Pemilik perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang ingin mengembang­kan perniagaan mereka bolehlah melawat gerai pameran CIMB di Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB Rafe Haneef berkata bank mempunyai formula untuk usahawan PKS yang ingin meluaskan dan merancang untuk mengekspor­t produk mereka ke pasaran luar negara.

PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia dan industri itu menyumbang sebanyak masing-masing 37 peratus dan 17 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pasaran eksport, justeru adalah penting untuk bank-bank membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk usahawan berkembang pesat, katanya kepada Bernama di sini.

Rafe berkata terdapat permintaan tinggi terhadap produk dan perkhidmat­an halal di seluruh dunia, yang mana permintaan melebihi bekalan dengan margin yang besar.

Jurang ini mewujudkan peluang perniagaan di negaranega­ra seperti Jepun, Korea, China dan Taiwan serta China merupakan pemain utama dalam ekonomi halal, dengan jumlah dagangan kira-kira US$1 trilion dan dijangka terus berkembang dalam lima tahun akan datang, tambahnya.

“Saya fikir ia merupakan perkara menarik dan akhirnya PKS akan dapat menjual produk mereka ke pasaran yang lebih besar kerana permintaan untuk produk dan perkhidmat­an halal terus berkembang.

“Malaysia juga boleh menjadi pintu masuk untuk membuka peluang global ini bermula dengan rantau ASEAN,” katanya.

Pada September, CIMB melancarka­n Koridor Halal ASEAN-China yang bertujuan mewujudkan ekosistem jaringan perdaganga­n halal dalam kalangan negara ASEAN dengan China.

Rafe berkata Bank Negara Malaysia menetapkan aspirasi untuk bank Islam Malaysia untuk memperoleh 40 peratus daripada perniagaan perbankan serantau menjelang 2020 dan menerusi Koridor itu, CIMB Islamic berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran itu.

Di samping itu, syarikat itu juga menyertai platform perdaganga­n global yang dikenali sebagai Trade Clubs Alliance, terdiri daripada bank antarabang­sa dan serantau yang meliputi 44 negara dengan pangkalan data lebih 13,000 pelanggan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia