Utusan Borneo (Sabah)

Utusan Borneo, The Borneo Post sapu bersih lima kategori KJA 2018

-

SIBU: Utusan Borneo dan The Borneo Post masingmasi­ng menyapu bersih lima kategori pada Malam Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) 2018 di sini malam Sabtu.

Bagi Anugerah Laporan Berita Bahasa Iban, Utusan Borneo menyapu bersih tempat tiga teratas melalui wartawanny­a, Jacqueline David memenangi emas (Peneleba nupi chapi di New Zealand ngemujur Brangka muka kebun kambin pemadu besai di Sarawak), Lina Kunjak memenangi perak (Raban Iban Ngembuan Mayuh Perengka Dikena Ngidupka Diri Ba Rumah Panjai) dan Judan Bungap memenangi perak (Pengawa nutup latih Kuntau diajar Guro Nyawai nitih adat ke berurun).

Kategori Laporan Sukan Bahasa Inggeris menyaksika­n emas,perakdanga­ngsamasing­masingdime­nangiPhili­pWong menerusi laporan ‘A three part series on the developmen­t of snooker in the state’, Lai Pek Sian (Developing People With Intellectu­al Disabiliti­es Through Sports, A Shelter, training Centre for Children with Intellectu­al Disability) dan Mohamad Ghaz Ghazali (Rumbling is the Name of the Game).

The Borneo Post menggondol tiga tempat teratas bagi Anugerah Kewartawan­an Ekonomi dan Bisnes iaitu Sharon Kong (emas), Rachel Lau (perak) dan Yvonne Tuah Merawin (gangsa).

Masing-masing menang menerusi laporan ‘Changing Business Models For The Better’, ‘Too Many Malls Or A Dying Breed?’ dan ‘China Constructi­on Firms Friend Or Foe?’.

Rentak cemerlang ini diteruskan apabila kategori Anugerah Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesejahter­aan Komuniti, Utusan Borneo menerusi wartawanny­a, Mastura Ismail (Sistem Pemadam Api Terapung Mampu Kurangkan Impak Kebakaran), Agnes Tugong (Gigitan Maut Rabies) dan Nick Fletcher (Jalan Pesisir Pantai Satu Lagi Nadi Perhubunga­n Sarawak) masing-masing menduduki tiga tempat teratas.

Anugerah Kewartawan­an EkonomiDig­italmenyak­sikan Bahasa Iban didominasi Jacqueline David (LRT, Bas Hidrogen Nentuka Kuching Nyadi, Bandar raya Pintar) dan Bigol Sulang (Servis Uber Enggau Grab Nyaub Ngemuntang Pengidup).

Dalam pada itu, Frankie Junau memenangi Anugerah Kewartawan­an (Penulisan Rencana dan Berita) Bahasa Melayu melalui penulisann­ya ‘Ekspedisi Kubur Batin – Wira Tidak Didendangk­an’.

Manakala Georgette Tan dan Rachel Lau masingmasi­ng mendapat gangsa dan perak untuk anugerah yang sama.

Kategori Laporan Sukan Bahasa Melayu menyaksika­n perak dan gangsa dimenangi Abang Ismail Abang Su’ud dan Mastura Ismail.

Anugerah Kewartawan­an Ekonomi dan Bisnes, Bahasa Melayu emas dimenangi Mohamad Ghaz Ghazali.

Manakala tempat pertama dan ketiga Bahasa Inggeris kategori Anugerah Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesejahter­aan Komuniti dimenangi Rintos Mail dan Zaheera Johari.

Emas Anugerah Kewartawan­an Ekonomi Digital Bahasa Inggeris dimenangi oleh Yvonne Tuah, diikuti Ronnie Teo (perak).

Bagi Bahasa Melayu, Nick Fletcher Neha dan Sudan Ajang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

 ??  ?? VIANA (tengah) menyampaik­an Anugerah Kewartawan­an (Penulisan Rencana dan Berita) kepada Frankie yang memenangi emas bagi kategori Bahasa Melayu sambil disaksikan Jane.
VIANA (tengah) menyampaik­an Anugerah Kewartawan­an (Penulisan Rencana dan Berita) kepada Frankie yang memenangi emas bagi kategori Bahasa Melayu sambil disaksikan Jane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia