Utusan Borneo (Sabah)

Berkhatan penting untuk kebersihan, kesihatan diri

-

SARIKEI: Selain menunaikan tuntutan agama, berkhatan merupakan faktor penting dari segi kebersihan dan kesihatan.

Pengarah Hospital Sarikei Dr Tey Siew Chang berkata, berkhatan merupakan satu proses di mana seseorang itu melangkah ke satu lagi peringkat dalam kehidupann­ya iaitu alam kedewasaan.

“Selain itu, dengan berkhatan ia akan membersihk­an diri seseorang itu daripada pelbagai kekotoran yang menjadi penyebab utama penularan penyakit.

“Ia satu landasan untuk kita menyedarka­ngenerasim­udatentang betapa pentingnya kebersihan fizikal sekali gus melambangk­an keperibadi­an mulia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Berkhatan Perdana 2018 yang berlangsun­g di Unit Pakar Hospital Sarikei, pada Sabtu.

Program itu disertai lebih 100 kanak-kanak dan dikendalik­an oleh 15 individu terdiri daripada doktor pakar, pembantu perubatan dan pegawai perubatan bertauliah.

Rata-rata kanak-kanak yang terlibat berumur di antara lima dan 12 tahun.

Sementara itu, pengelola program Dr Nur Furqan dalam ucapan alu-aluannya berkata, objektif program tersebut ialah untuk meningkatk­an fahaman di kalangan anak-anak kecil akan kepentinga­n berkhatan dari aspek kebersihan dan kesihatan.

“Ia juga akan membantu mengurangk­an beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa, memandangk­an kos berkhatan agak mahal pada masa kini.

“Melalui penganjura­n program seperti ini, jumlah bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta hanya RM50 dan ia jauh lebih murah.

“Perkara paling penting ialah ia dikendalik­an oleh pakar perubatan bertauliah dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut,” kata Dr Nur Furqan.

Program itu adalah anjuran bersama Jabatan Pembedahan Am dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sarikei.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sarikei Lu Chon Yee serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

 ??  ?? DR TEY menyiram peserta khatan dengan air untuk merasmikan Majlis Berkhatan Perdana 2018 di Unit Pakar Hospital Sarikei.
DR TEY menyiram peserta khatan dengan air untuk merasmikan Majlis Berkhatan Perdana 2018 di Unit Pakar Hospital Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia