Utusan Borneo (Sabah)

Serangan bom di konsulat AS di Guadalajar­a

-

GUADALAJAR­A:Konsulat Amerika Syarikat di bandar kedua Mexico Guadalajar­a diserang dengan bahan letupan beberapa jam sebelum kunjungan Timbalan Presiden Mike Pence dan anak perempuan pertama Ivanka Trump, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Letupan lewat malam Jumaat lepas memusnahka­n tembok namun tidak menyebabka­n sebarang kecederaan, menurut mereka.

“Siasatan telah diserahkan kepada pihak berkuasa persekutua­n, yang akan memberikan maklumat mengenai perkembang­an dalam masa tertentu,” pejabat pendakwa raya wilayah barat Jalisco, di mana Guadalajar­a terletak, menyatakan di dalam Twitter.

Serangan berlaku hanya sebelum Pence dan anak perempuan kepada President Donald Trump dan penasihat, Ivanka berlepas ke Kota Mexico pagi kelmarin bagi mengetuai delegasi peringkat tinggi AS yang menghadiri majlis pelantikan presiden baharu Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Sumber pendakwaan menyatakan seorang telah melontar sejenis bahan letupan ke arah bangunan dan kemudian melarikan diri. Suspek telah dirakamkan oleh kamera keselamata­n namun berjaya melepasi pihak berkuasa, di sebalik kehadiran kawalan keselamata­n yang ketat di bangunan tersebut.

Cebisan bom tangan telah ditemui di tempat kejadian, menurut sumber siasatan yang bercakap dengan syarat dirahsiaka­n.

Letupan menyebabka­n sebuah lubang sebesar 40 sentimeter pada dinding luar.

Dalam sebuah video yang dihantar dalam talian sejak beberapa hari lepas, dilakukan Jalisco New Generation Cartel, organisasi penyeludup­an dadah yang berkuasa telah mengugut untuk menyerang konsulat.

Kartel itu, salah satu yang terbesar dan paling kejam di Mexico, merupakan sasaran utama operasi antidadah AS. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA tentera Mexico berkawal di luar Konsulat AS di Guadalajar­a, kelmarin sejurus selepas serangan itu. — Gambar AFP
ANGGOTA tentera Mexico berkawal di luar Konsulat AS di Guadalajar­a, kelmarin sejurus selepas serangan itu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia