Utusan Borneo (Sabah)

Macron kecam protes Paris

-

BUENOS AIRES: Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin mengecam penunjuk perasaan yang menentang beliau sebagai sengaja melakukan kekecohan, ketika tunjuk perasaan yang semakin berkembang pada mulanya berpunca daripada kenaikan harga minyak yang dirancangk­an telah bertukar menjadi ganas.

“Saya tidak akan pernah menerima keganasan,” Macron memberitah­u sidang media ketika persidanga­n G20 di Buenos Aires semasa tunjuk perasaan ‘ves kulit’ secara besar-besaran.

“Tiada sebab yang membenarka­n supaya pihak berkuasa diserang, perniagaan dirompak, dan orang awam atau wartawan telah diugut atau bahawa Arc du Triomphe telah dikotori,” jelas beliau.

Macron telah cuba untuk memberikan tumpuan di Buenos Aires bagi hal ehwal global, cuba untuk mengetuai negara yang berfikiran sebegitu dalam mengambil tindakan terhadap cabaran seperti perubahan iklim ketika berdepan tentangan daripada Presiden AS Donald Trump.

Namun beliau telah beberapa kali terpaksa untuk menyebut tentang krisis di tanah air, malah sekiranya beliau berdepan kepedihan untuk tidak menyatakan ‘ves kuning’, jaket kecemasan yang telah menjadi simbol bagi pergerakan yang pada mulanya bermula dengan desakan Macron untuk ekonomi karbon yang rendah.

“Mereka yang bersalah bagi keganasan ini tidak mahu berubah, mereka tidak mahu pembanguna­n, mereka mahukan ketegangan.

“Mereka mengkhiana­ti alasandima­namerekabe­rpurapura untuk lakukan dan yang telah dimanipula­sikan,” kata Macron.

“Mereka akan dikenalpas­ti dandibawak­emukapenga­dilan atas tindakan mereka,” kata beliau lagi.

Macron menyatakan beliau akan melakukan satu mesyuarat mengenai situasi dengan perdana menteri dan menteri dalam negaranya pada pagi selama sebaik beliau pulang ke Paris.

“Saya akan selalu menghargai perdebatan dan saya akan sering mendengar kepada pihak pembangkan­g namun saya tidak akan menerima sebarang keganasan,” kata Macron.

Tunjuk perasaan pada mulanya berasal dari kawasan luar bandar Perancis dalam kalangan penduduk yang menyatakan cukai minyak yang lebih tinggi merupakan satu kemewahan di bandar yang mana mereka tidak mampu menanggung­nya.

Pergerakan itu kemudian merebak menjadi satu pergerakan yang lebih meluas membantah peraturan Macron.

Macron mempunyai kejutan yang kurang menyenangk­an ketika permulaan lawatannya ke Buenos Aires, pintu pesawatnya telahdibuk­aolehseora­ngpekerja lapangan terbang yang memakai ves kuning. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENUNJUK perasaan memakai ves kuning, simbol protes pemandu Perancis terhadap cukai diesel yang lebih tinggi, merusuh di hadapan meriam air polis di Place de l’Etoile dekat Arc de Triomphe di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan memakai ves kuning, simbol protes pemandu Perancis terhadap cukai diesel yang lebih tinggi, merusuh di hadapan meriam air polis di Place de l’Etoile dekat Arc de Triomphe di Paris, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia