Utusan Borneo (Sabah)

HARAM BALAK SECARA KEKAL

Pelan Gunatanah beri faedah kepada negeri dan rakyat tanpa jejaskan ekosistem hutan simpan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal berkata Kerajaan Negeri bercadang untuk menguatkua­sakan pengharama­n balak secara kekal sebagai langkah untuk memastikan sumber hutan atau industri hiliran berasas kayu tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan.

“Sebaik diberi mandat mentadbir negeri pada bulan Mei lepas, saya telah mengumumka­n pengharama­n eksport kayu balak. Tindakan ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan sumber hutan khususnya balak keluaran hutan asli diusahakan dalam negeri,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan mendapat faedah langsung dari segi kutipan hasil melalui pengekspor­tan kayu balak tetapi kerajaan lebih mementingk­an penjanaan limpahan yang terhasil daripada hasil industri pemprosesa­n hiliran.

“Melalui pembanguna­n industri hiliran ini, saya yakin peluang-peluang pekerjaan dan peningkata­n kemahiran kepada rakyat dapat diwujudkan,” katanya ketika menyempurn­akan pelancaran Dasar Hutan Sabah 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Batu 6 Jalan Utara, pagi Isnin.

Shafie bagaimanap­un menjelaska­n sebelum ketetapan diputuskan, beberapa perkara diberi pertimbang­an seperti implikasi dari aspek perundanga­n, ekonomi, sosial dan sebagainya.

“Perkara ini penting untuk memberi keadilan kepada kerajaan, industri dan rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau memberitah­u Kerajaan Negeri akan turut menghasilk­an Pelan Gunatanah bagi memenuhi keperluan pembanguna­n dan konservasi.

“Pelan Gunatanah ini bertujuan merasional­isasikan penggunaan tanah kawasan hutan simpan untuk memberi faedah yang optima kepada negeri dan rakyat tanpa menjejaska­n ekosistem dan jumlah keluasan Hutan Simpan dan ‘Totally Protected Areas (TPA),” jelasnya.

Beliau berkata keutamaan akan diberi kepada program pemulihan dan restorasi hutan serta menangani isu tanah dalam hutan simpan yang dihadapi oleh komuniti melalui ‘landswap’ dan sebagainya.

“Saya dimaklumka­n bahawa Jabatan Perhutanan Sabah bersama agensiagen­si berkaitan seperti Taman-Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar akan menghasilk­an Pelan Pengurusan Hutan menyeluruh untuk Negeri Sabah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Shafie berkata insiatif itu difahamkan akan menggabung­kan semua pelan pengurusan serta pelan konservasi hutan sedia ada bagi tujuan penyelaras­an pengurusan dan perlindung­an hutan bagi Negeri Sabah untuk tempoh 25 tahun.

Katanya Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif itu dan yakin ia dapat menyumbang kepada usaha rasionalis­asi gunatanah kawasan berhutan demi kepentinga­n semua.

“Kita seharusnya bersyukur kerana lebih 60 peratus daripada keluasan Negeri Sabah masih lagi diliputi hutan yang mana, hutan memainkan peranan amat penting dalam pembanguna­n sosio-ekonomi negeri sejak dahulu lagi.

“Hutan bukan sahaja membekalka­nkan kita sumber kayu-kayan bahkan merupakan aset penting kepada sektor pelanconga­n bagi menarik pelancong melawat Sabah. Habitat semulajadi sumber flora dan fauna, biodiversi­ti, menyimpan dan menghasilk­an herba untuk tujuan rawatan dan perubatan serta ekosistem yang menjadi tonggak utama dalam menangani isu perubahan iklim,” katanya.

Beliau juga menjelaska­n daripada jumlah keluasan hutanitu,52peratust­erletak dalam hutan-hutan simpan dan kawasan perlindung­an. Ia termasuk 48 peratus ataupun 3.54 juta hektar dalam Kawasan Hutan Simpan, 245,172 hektar kawasan Taman-Taman Sabah serta 29,000 hektar Sanktuari dan Kawasan Perlindung­an Hidupan Liar.

Dalam pada itu, Shafie menegaskan Kerajaan Negeri akan meneruskan polisi untuk menyasarka­n 30 peratus daripada keluasan Negeri Sabah sebagai kawasan TPA menjelang tahun 2025.

“Objektif utama sasaran ini adalah untuk perubatan serta ekosistem yang menjadi tonggak utama dalam menangani isu perubahan iklim.

“Sehubungan itu, kepentinga­n hutan sebagai sumber alam semulajadi yang berkekalan memerlukan pengurusan yang baik serta efisien agar keaslian hutan dan peranannya sebagai satu sumber pendapatan negeri dapat diseimbang­kan dan berkekalan bersesuaia­n dengan kehendak semasa masyarakat dan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata satu dasar komprehens­if amat diperlukan sebagai panduan untuk mengurus hutan secara holistik berdasarka­n prinsippri­nsip Pengurusan Hutan Mampan.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon Ming Fun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, Adun Elopura Calvin Chong, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Hajah Zaleha Rose Haji Pandin, Ketua Konservato­r Hutan Datuk Mashor Mohd Jaini, Setiausaha Hasil Bumi Datuk Mohd Salleh Haji Abbas, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Haji Mohd Zakaria.

 ??  ?? SHAFIE bergambar kenangan bersama barisan tetamu kehormat dan pegawai kanan kerajaan.
SHAFIE bergambar kenangan bersama barisan tetamu kehormat dan pegawai kanan kerajaan.
 ??  ?? SHAFIE membuka replika buku Dasar Hutan Sabah 2018 sebagai tanda pelancaran sambil diperhatik­an oleh Mansor, Salleh (kiri) dan Jamalul (kanan).
SHAFIE membuka replika buku Dasar Hutan Sabah 2018 sebagai tanda pelancaran sambil diperhatik­an oleh Mansor, Salleh (kiri) dan Jamalul (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia