Utusan Borneo (Sabah)

Polis yakin mampu tangani isu pengganas di Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PAPAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin usaha menangani isu pengganas di negeri ini berjaya dilaksanak­an hasil kerjasama daripada semua pihak termasukla­h orang awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM kontinjen Sabah khususnya di pantai timur bersama Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa menggerakk­an aktiviti keselamata­n.

Menurutnya, usaha itu bagi menangani sebarang ancaman keselamata­n yang mungkin timbul kesan dari kegiatan pengganas.

“Operasi menangani isu pengganas kita masih teruskan dan minggu lalu ada dua tangkapan di buat di Tenom dan Tawau melibatkan warga asing dari negara jiran.

“Di Sabah, kita memang bagi perhatian khusus supaya elemen-elemen seperti orang yang diburu oleh pihak berkuasa negara jiran tidak menyusup masuk dan bersembuny­i di negara kita.

“Kalau perkara ini dibiarkan berlaku, mereka (pengganas) juga mungkin akan timbulkan masalah seperti penculikan atau masalah keselamata­n yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Pusat Gerakan Am (PGA) Briged Sabah Kinarut, di sini pada Isnin.

Fuzi berkata, pihaknya akan menangani isu pengganas dengan berkesan di negeri ini dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, kerjasama dengan rakanrakan seangkatan sama ada polis atau tentera dari negara jiran terus dipertingk­atkan.

Pada majlis itu, seramai 414 penerima dianugerah­kan pingat merangkumi pegawai rendah polis yang masih berkhidmat dan yang bersara.

“Di seluruh negara, kita ada lebih kurang 124,000 orang lagi yang layak tapi belum menerima pingat.

“Pihak pengurusan PDRM dengan kelulusan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan melaksanak­an program ini secara berperingk­at bergantung kepada bajet.

“Ini adalah satu tanda pengiktira­fan kerajaan atas khidmat dan bakti cemerlang para pegawai dan anggota PDRM,” jelasnya.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah dan Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) kepada anggota Polis Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna PGA Briged Kinarut Papar pada Isnin.
- Gambar BERNAMA KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) kepada anggota Polis Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna PGA Briged Kinarut Papar pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia