Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah tangkapan insiden rusuhan di kuil meningkat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PAPAR: Jumlah tangkapan insiden rusuhan di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor kini meningkat seramai 68 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamd Fuzi Harun berkata, operasi kawalan di kawasan berkenaan masih diteruskan dan keadaan amat terkawal sehingga kini.

Katanya, proses siasatan dan tangkapan antara tindakan yang diambil sepanjang operasi terbabit dijalankan.

“Kita juga masih menempatka­n anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) bersama pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk proses pemantauan.

“Tindakan ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dari berulang kerana keseluruha­nnya keadaan kini amat terkawal dan aman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Pusat Gerakan Am (PGA) Briged Sabah Kinarut, di sini pada Isnin.

Fuzi turut mengingatk­an semua pihak supaya tidak menularkan video-video yang tidak berkaitan dengan insiden berkenaan tetapi kononnya ada kaitan.

Katanya, ada kenyataan daripada pihak tertentu sama ada dari luar dan dalam negara menimbulka­n rasa tidak puas hati banyak pihak ekoran video yang tidak berkaitan namun ditularkan.

Justeru, beliau berharap semua pihak mesti bertanggun­gjawab dan tidak mengeruhka­n lagi keadaan yang hampir reda dan kembali normal.

Pada masa sama jelasnya, tiada arahan Perintah Berkurung dikeluarka­n memandangk­an keadaan semakin terkawal.

 ??  ?? FUZI ketika tiba di Dewan Serbaguna PGA Briged Kinarut Papar untuk istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) Kontinjen Sabah pada Isnin. -Gambar Bernama
FUZI ketika tiba di Dewan Serbaguna PGA Briged Kinarut Papar untuk istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan (PJPN) Kontinjen Sabah pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia